Tuesday, August 30, 2011

Gua Tanya Sabri: 1 Syawal Di Putrajaya.

Kalau hang ingat lagi… banyak bebenda gua tanya tapi hang cuma angkat bahu. Gua tak kisah hang angkat bahu.. dah memang setakat tu ja capaian kita dalam bebidang yang tak menambahkan duit dalam kocek kalau kita tahu.

Hari ni Hari Raya. Lepas khutbah raya kat masjid besi, gua tanya kat mamat afrika sebelah gua.. “Do you have any idea about INTERNET TV?”. Mamat tu jawap “Selamat Hari Raya!” dengan telo ala-ala rap sikit. Gua senyum. Mamat tu pun senyum menyeringai menampakkan barisan gigi yang lebih putih dari kulit legamnya. Gua batalkan niat gua nak tanya mamat tu ubat gigi apa dia pakai.



Mangkuk hayun!!! Sekali lagi.. Mangkuk hayun!!! Gua bukan menyumpah mamat afrika tu. Tapi gua menyeranah diri gua sendiri. Apa kena mengena INTERNET TV dengan lepas khutbah raya di Masjid Sultan Al Mizan yang 70% pembinaannya terdiri dari segala mak nenek besi dari pusat bumi. Kalu hang jawap soalan gua hari tu.. pasti lagi pasti scenario meraban nie tak akan terjadi.


Gua rasa nak belasah ketupat. Dari lepas subuh tadi… gua asyik belasah biskut. Pastinya bukan biskut yang bertemakan hari raya. Gua cuma ada dua balang biskut tat nenas yang gua beli dari Imran yang menyentuh perasaan gua kerana tulah sahaja makanan yang bercirikan hari raya hari ni yang ada dalam rumah gua. Kelibat beberapa Dato dan Datin gua nampak. Dengan baju kebangsaan terbitan dari fabric kelas pertama buat deDato dan deDatin tu melangkah sedikit bongkak. Gua tengok baju gua sendiri. Walaupun dari linen kelas ketiga, tapi sentuhan jahitan diraja kesultanan kampong masjid sungai pasir sungai petani kedah darulaman buat gua lebih bongkak dari anak-anak dato kepada dato yang sedikit bongkak tu tadi. Dengan design yang hanya wahid dalam bumi bertuah ni yang bakal menyambut ulangtahun kemerdekaan besok, gua nobatkan diri gua sebagai yang teratas hari ni. Putrajaya gua pegang hari ni!!! Selamber dalam kelasnya. Simple memikat.



Gua melangkah keluar. Sesi penggambaran rancak berlaku di setiap sudut masjid besi. Seronok tengok memamat afrika yang bangga memperagakan fesyen kebangsaannya. Mamat timur tengah dan mamat timor laste pun tak kurang juga. Deretan lima anak gua ikut dari belakang. Gua tak tahu apa yang berdrama dalam kepala hotak mereka. Yang gua pelik.. apasal ada beberapa kelibat mat-mat pelik yang yang datang bersembahyang dengan seluar jeans dan t-shirt bertulisan di depan dan di belakang. Kalau depa tu dari Negara seberang atau dari Negara bukan Negara Malaysia gua tak kisah. Tapi depa memang anak Malaysia. Takkan lah dalam seluruh hidup depa tak pernah ada baju melayu?? Kalaulah pun tak ada duit nak beli baju baru… tak kan tak ada baju lama??

Proton Saga buruk gua mencelah. Mencelah di celahan gergasi kereta dato dan datin. Cadang nak makan ketupat di rumah Dato Najib yang bakal bergelar Tun Najib bila retire as PM Malaysia.