Friday, October 23, 2009

hari ini


tak pernah hari yang macam hari ini berlalu tanpa aku sedari. tak seperi hari jadi aku sendiri... selalunya dah terlepas baru aku sedar. sejak 1995, pada pagi yang macam hari ini, aku akan sibuk mencari sut baju melayu aku yang paling baru dan songkok hitam potong perak setinggi enam inci yang aku pakai setahun dua atau tiga kali. waktu tu.. aku pekerja swasta dan memakai sut melayu lengkap bersampin adalah adegan pelik walaupun pada hari jumaat. macam tulah aku sampai ke tahun 2005. walaupun aku tahu... bersampin dan songkok bagai akan buat aku susah untuk berbaring kat lantai, memanjat dan mengaksikan gegaya akrobatik dalam rutin kerja aku sebagai pakar teknikal. sepuluh tahun... pada hari ini, macam tulah aku. sekeliling tanya... pasai apa? aku jawap... sebab aku suka. apa hang dapat? aku dapat suka. hari ini... hari jumaat.... hari pembentangan bajet.



tapi... sejak 2006, pada hari ini aku hanya akan berlenggeng dengan hanya berkain pelikat india (cotton... aku suka cotton india) duduk depan tv dan bersambung puting menyedut rokok. dan pada hari ini, 23hb 10 2009, walaupun aku ada baju melayu terhebat dalam sejarah pemakaian baju melayu masyarakat malaysia sejak merdeka... aku masih berlenggeng dengan pelikat india terbaru aku. bila PM selesai berucap tanpa menyentuh cukai rokok... aku semakin laju menyedut dan menghembus kepulan asap.

Saturday, October 17, 2009

Hidup Adalah Masalah



Hidup penuh dengan masalah. Kehidupan berlalu dengan permasalahannya yang tersendiri. Lain orang, lain masalahnya. Mungkin ada yang berkongsi masalah yang sama tapi cara kita menangani masalah ini mungkin berbeza. Tak kisahlah... bottom line, kita tidak dapat lari dari masalah. Malah hidup tanpa masalah juga adalah masalah. Aku bukan nak pening-peningkan kepala korang dan kepala aku sendiri tentang masalah ini. Aku cuma ingin berkongsi.. kadang-kadang kita kerap terlupa atau langsung terlupa lantaran hebat masalah yang ditanggung yang barangkalinya sebesar gunung. Yelah.. kita terlupa bahawa masalah datang dari Allah. DIAlah yang memberi kita masalah.. mencipta suasana bermasalah lantas mencorak hiba rasa.. sebak di dada. Sebagusnya... mengadulah kepada DIA. InsyaAllah... masalah itu akan buat kita jadi insan macho.

Wednesday, October 14, 2009

Aku Tau La Aku Nak Buat Apa



hari tu... di persidangan borak, tiba-tiba tercetus satu soalan. 'hang kalau dapat satu juta hinggit hang nak buat apa?. kata pemborak A,'aku nak buat rumah dan aku nak melaborq supaya duit aku beranak lagi'. kata pemborak B pula dengan tangan mengurut janggut yang sejemput...'aku nak infak ke jalan kebajikan dan selebihnya aku buat modai berniaga'. pemborak C menyampuk..'aku nak enjoy. aku nak melancong. takan habis duit satu juta tuh. lebih nanti aku simpan dalam ASB'.

tak ada satu jawapan pun yang salah dari pemborak-pemborak tu... cuma kata seorang teman: 'AKU TAU LA APA AKU NAK BUAT!!'

Thursday, October 8, 2009

disebalikharamjadah


H (bukan nama sebenar), drebar pada dato K (huruf awal nama sebenar) bagitau aku macam mana nak sampai ke rumah dato. katanya dato setuju nak dengar proposal bisnis aku yang kecik ni. aku sedikit teruja. begitupun aku dah bersedia dengan sebarang penolakkan. aku gerak ke bukit mewah dengan proton saga buruk bini aku. dengan baju melayu cotton dari jongkong putih dan rivet blue jean yang aku beli bulan posa lepas, aku sibuk membayangkan sesi tak formal aku dengan dato. tak susah nak sampai ke istana bukit mewah ni dari putrajaya. aku settlekan isyak aku di surau yang terletak 20 meter dari kawasan elit yang diawasi beberapa jaga.
kalau tanpa H, aku mungkin terpaksa menjawap beberapa soalan dari je'jaga' ni. aku agak ada lebih dari lima bijik istana dalam kawasan elit ni. H menerpa masuk dan aku perlahan-lahan ikut dari belakang. Dato K sedang sibuk mengarah beberapa pekerja indonnya yang aku tak pasti samada ada permit atau tidak. Setelah berjabat salam.. dato masuk ke dalam istananya dan aku meninjau perkarangan istana. di sebelah kanan ada dua ekor monyet, sepasang cenderawasih dan beberapa ekor tiong emas yang sibuk memberi salam. enam bijik kereta tersusun di hadapan. dekorasi laman yang aku kira puluhan ribu ringgit telah lebur tidak sangat mengasyikkan aku. wakaf berlantai kayu yang bersambung dengan istana ni jadi tempat aku menghisap nikotin kegemaranku sambil dato sibuk menyempurnakan makan malamnya yang entah bermula dengan bismillah atau tidak.

why must i spend seven ringgit for this product? i can get other brand with similar product purpose at only one ringgit. what is the extra of this product? potong dato di tengah perjalanan cakap aku. you ask me for 150K and promise to settle in 6 month with extra 30k??? i boleh dapat 30K every month with my 100K investment with along you tau tak? some more my 100K is still there and i can get it at any time. aku datang mintak tolong dato. kalau tak mau tolong cakaplah baik-baik. kau kondem proposal aku, boleh lagi aku terima walaupun aku boleh buat kau terkancing gigi kalau aku kondem balik. tapi kau dah sentuh penampilan aku. aku lebih layak untuk cerita pasal penampilan orang kerana kebanyakkan masa aku pernah habis dalam menceritakan penampilan. scott ivins lebih kaya dari kau dato. apa...? dengan kopiah di kepala aku tak layak untuk hadir ke mesyuarat PBB? ko tak pernah tengok sekeliling kau ke dato? Robert Mugabe selamber jer pakai pakaian afrika dia masuk tv cnn. orang janggut macam aku tak boleh jadi bisnessman? kau nak suruh aku potong janggut nie untuk 150K kau? kau simpan ler 150K kau tuh. apasal kau pakai mercedes? apasal kau pakai baju linen yang semeter 180 hinggit? apasal kau gantung ayat 1000 dinar yang kau beli dengan harga tujuh ribu hinggit tuh? apasal kau sibuk perabih duit untuk dekorasi laman kau yang tak berapa nak cantik tuh? samalah... aku dengan barang aku yang bakal berharga tujuh hinggit tu.


aku mencari a nice guy kat tengah kotaraya ni. dan kau dato memang bukan orang tu. linen yang kau pakai pun cuma linen cendoi dan sesuai sangat untuk orang yang perasan macam kau. aku lebih pakar dalam hal linen ni dari kau lah dato. salahkah posmen panggil kau pak cik? kalu aku jadi posmen tu pun aku akan panggil kau pak cik sekali pun kau kaler rambut kau tu dengan warna bijik remia. kau nak orang panggil kau datuk sedangkan kau tak sedar datuk lebih tua dari pak cik. kau terangkat pungkorq bila cewek indon panggil kau abang seperti yang kau cerita bila kau turun karimun medan. aku tak mau nak sangka bebenda tak elok tapi aku sangat tau pasal apa orang malaysia macam kau ni suka pergi karimun. aku jadi sedikit munafik bila kau sentuh pasal janggut. aku masih mengawal muka supaya senyum sedangkan aku dah layak untuk angkat pedang. aku takut kau nanti malu depan drebar kau yang sangat menyanjungi kau tu. Ayarq kaki aku dan sahabat aku lebih mulia dari istana kau lah dato.... belanja makan yang kau sumbat untuk dua ekor monyet, sepasang cenderawasih dan beberapa ekor tiong emas mungkin lebih tinggi dari belanja lima sederet anak-anak aku...tapi.. KAU PIKIARQLAH SENDIRI.

aku terpaksa kremot-kremotkan muka dato ni supaya aku saja yang kenal.


Wednesday, October 7, 2009

haramjadah



HARAM JADAH!!!! empat puluh kali pun aku tak takut nak jerkah. tapi sopan masih jadi pakaian biarpun ulasan aku mungkin boleh buat yang berbahagia dato terjelepuk atas lantai papan. atau aku kena baling dengan pinggan dan cawan. Istana Bukit Mewah kemudian jadi cerita dalam berita harian halaman depan.

8:41 am (7 oct 2009) ~ aku masih dok teringat cerita malam tadi
9:25 am (8 oct 2009) ~ aku dok terimbau lagi. dalam hati dok maki lagi. haram jadah!!!

Tuesday, October 6, 2009

Perasan


aku perasan sangat yang aku tak perasan. kala aku suka kata mie black. aku suka. tapi perasan kan sini sedar ka tunjuk lagak???

Monday, October 5, 2009

impian itu terus mendesak


Dalam hampir seluruh tidur seorang aku, aku pasti bermimpi. Ada yang aku ingat dan banyak yang aku tak ingat. Tapi dalam seluruh sedar aku kebelakangan ini, aku di desak dengan satu impian. Impian yang membuat aku jadi tak keruan. Impian yang membuat seorang aku menjadi duduk payah berdiri tak betah. Aku sedar dengan keterbatasan aku untuk menzahirkan impian ini. Tapi aku masih punya Tuhan untuk aku terus menadah tangan. Dan aku juga tak pernah diam kaku mengharap impian datang terpacul di depan aku. Aku sedar dan cukup sedar.


aku dan impian ini
adalah sebuah cerita tersendiri
impian yang membuat aku kembali
melihat biru langit lazuardi
merenung merah tanah bumi



aku dan impian ini
adalah tulus dari hati
indahnya ingin aku kongsi
cantiknya aku dahagi