Saturday, October 17, 2009

Hidup Adalah Masalah



Hidup penuh dengan masalah. Kehidupan berlalu dengan permasalahannya yang tersendiri. Lain orang, lain masalahnya. Mungkin ada yang berkongsi masalah yang sama tapi cara kita menangani masalah ini mungkin berbeza. Tak kisahlah... bottom line, kita tidak dapat lari dari masalah. Malah hidup tanpa masalah juga adalah masalah. Aku bukan nak pening-peningkan kepala korang dan kepala aku sendiri tentang masalah ini. Aku cuma ingin berkongsi.. kadang-kadang kita kerap terlupa atau langsung terlupa lantaran hebat masalah yang ditanggung yang barangkalinya sebesar gunung. Yelah.. kita terlupa bahawa masalah datang dari Allah. DIAlah yang memberi kita masalah.. mencipta suasana bermasalah lantas mencorak hiba rasa.. sebak di dada. Sebagusnya... mengadulah kepada DIA. InsyaAllah... masalah itu akan buat kita jadi insan macho.

2 comments:

mamat khalid said...

tahun 1990. masalah aku adalah bagaimana nak bawak masuk lighter aladdin ke yemen. masa convention traktor2 dunia di frankfurt aku kenal dgn mamat yemen ni sorang. dia tgk lighter yg aku pakai yg aku bawak dari meleysia. dia kata kat yemen masih takda disposable lighter mcm tu. y not we bring it in? dia kata. bayangkan kita boleh jadi sole distributor dunia arab bahagian selatan! terkial aku suka dgn cadangan itu. kilang aladdin ada kat teluk intan aku rasa masa tu. malam itu dia belanja sakan aku makan dari restoran halal ke restoran mahal. janji lagi malam besuknya dia bawak aku makan lagi. dia suruh aku jumpa di hotel tempat dia nginap besuknya untuk talk bisnes. besuknya pagi2 lagi aku dah bertenggek kat hotel di red light district itu. aku nampak dia turun breakfast aku tegur. dia tanya who are you? aku kata aku la yg malam2 dia bawak makan ajak berniaga lighter tu. sorry! just forget abt it dia kata. i was drunk these past few days.....!

masalahnya lagi aku sudah talipon pagi2 sapie bgtau kawan kat ipoh mengenai projek yg sure on itu....

Admin said...

he..he.. panjang cerita abang. aku suka. aku ok. tak boleh tak apa. yang penting bagi aku respon yang abang bagi dah cukup.

-KiLaT-
aku cari sedikit cukup