Friday, April 19, 2013

Hari Raya ka.. Hari Pilihan Raya?

Dalam bebanyak raya... gua lebih suka hari raya berbanding hari pilihan raya. Dan bagi depa yang kuat iman, hari-hari adalah hari raya bagi depa. Depa nie macam tak senang duduk kalau tak berkunjung macam kita selalu dok buat bila hari raya. Gua respek dengan depa nie.

Monday, April 15, 2013

Pintu ke pintu.. but for what?

Assalamualaikum!...... Wa'alaikumsalam! (cis..! tak dak lebihan langsung jawap salam gua. ngam2 je). Gua bukak pintu dan senyum. Jemaah biru lapan orang camporq jantan betina depan pintu rumah pun senyum jugaks (tak semua.. ada juga yang kelat macam palat). 'Abang duduk sini ke?'. (Apalah punya ngok.. dah memang gua tercongok depan lu.. dok sinilah, dok mana lagi). Dah.. cukup setakat tu.. selebihnya tak ada pun cerita sepak terajang atau buah lutut naik ke muka. Semuanya berakhir dengan lakonan gua yang terus senyum dari awal sampai habis.
 
Dulu semalam pun cerita lebih kurang jugaks cuma bezanya gua tak bulih jawap salam sepantas kilat sebab tengah berak. Jemaah yang datang pun beza jugak.. haram ada warna biru pada jemaah ni. Berseri depa tengok gua sambil yang dua tiga kerat kat belakang tu dok buat isyarat janggut.
 
Baguih..! Hangpa semua dah tiru sunnah nabi. Usaha ziarah, jaulah, gasht.. rumah ke rumah, pintu ke pintu dan lorong ke lorong. Kata Tok Wan, dalam syurga nanti dah tak ada amalam sembahyang, puasa, zakat dan lain2. Yang ada cuma amalan ni... amalan ziarah. Cuma.. gua nak tau.. ini semua untuk apa?
 
-KiLaT-
 

Friday, February 15, 2013

Apa cer....?

Balqis     : Bapak! Cikgu suruh buat poster pasal kempen tak nak merokok. Bapak bulih tolong buat tak?
Bapak Balqis  : okeh!! (Bapak Balqis nyalakan rokok dan siapkan tugasan)

 

Saturday, January 5, 2013

Spiderman

Dah lobih setahun......






 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Gua dah jadi Spiderman

Sunday, December 25, 2011

Laa Tahzan!!

Tidak akan berlaku dari mana-mana makhluk.
Tidak akan terjadi dari mana-mana makhluk.
Semua yang berlaku.....
Semua yang terjadi.......
Adalah dari ALLAH pencipta makhluk.

Monday, September 5, 2011

Ultraman Islam: 5 Syawal Di Putrajaya

Syawal terus berganjak tanpa peduli untuk berhenti. Macam 2 ultraman dan 3 ultrawoman gua. Tak pernah berhenti. Segala kuntau, tomoi, akido dan pencak silat melayu, cina, india dan satu Malaysia dah gua keluarkan. Tenaga dari planet cahaya masih gagal gua tewaskan.


















Gua ingat gua taiko-tai. Gua ingat gua macam Jai. Gua langgar! Gua belasah! Gua sesah!!!

















Tapi gua tak cukup taiko-tai. Gua tak serupa Jai. Memey… rambut gua ala-ala Jai. Sebab tu gua ambik keputusan botakkan kepala. Bukan nak jadi KING.. tapi gua dah pening!!



Firasat gua, kalau setakat KL Gangster ni.. memey jadi makanan ultraman-ultraman gua! Raksasa lagikan rebah… setakat badan sasa boleh blah!!









Pagi lima syawal gua kalut. Darah merah melimpah sampai ke lutut. Gua dah hilang patut. Langkah gua sangkut. Gua dah tak tahu yang mana rambut yang mana janggut………

Satu orang telah bertanya kepada seorang alim. Apa perlu saya buat? Kerja apa perlu saya pilih?

Jawap orang alim, perintah Allah jangan langgar, sunnah nabi jangan tinggal, kemudian buatlah apa yang kamu nak buat.

Lima Syawal…. Another Ultraman was born! Semoga Allah beri berkat kehidupan dunia dan kehidupan akhirat.

Jadilah ultraman. Jadilah superman atau jadilah posmen. Selagi dalam kehidupan ada agama yang sempurna, kehidupan akhirat pasti dibalas redha Allah yang tiada tolok bandingnya. Amin.

Tuesday, August 30, 2011

Gua Tanya Sabri: 1 Syawal Di Putrajaya.

Kalau hang ingat lagi… banyak bebenda gua tanya tapi hang cuma angkat bahu. Gua tak kisah hang angkat bahu.. dah memang setakat tu ja capaian kita dalam bebidang yang tak menambahkan duit dalam kocek kalau kita tahu.

Hari ni Hari Raya. Lepas khutbah raya kat masjid besi, gua tanya kat mamat afrika sebelah gua.. “Do you have any idea about INTERNET TV?”. Mamat tu jawap “Selamat Hari Raya!” dengan telo ala-ala rap sikit. Gua senyum. Mamat tu pun senyum menyeringai menampakkan barisan gigi yang lebih putih dari kulit legamnya. Gua batalkan niat gua nak tanya mamat tu ubat gigi apa dia pakai.



Mangkuk hayun!!! Sekali lagi.. Mangkuk hayun!!! Gua bukan menyumpah mamat afrika tu. Tapi gua menyeranah diri gua sendiri. Apa kena mengena INTERNET TV dengan lepas khutbah raya di Masjid Sultan Al Mizan yang 70% pembinaannya terdiri dari segala mak nenek besi dari pusat bumi. Kalu hang jawap soalan gua hari tu.. pasti lagi pasti scenario meraban nie tak akan terjadi.


Gua rasa nak belasah ketupat. Dari lepas subuh tadi… gua asyik belasah biskut. Pastinya bukan biskut yang bertemakan hari raya. Gua cuma ada dua balang biskut tat nenas yang gua beli dari Imran yang menyentuh perasaan gua kerana tulah sahaja makanan yang bercirikan hari raya hari ni yang ada dalam rumah gua. Kelibat beberapa Dato dan Datin gua nampak. Dengan baju kebangsaan terbitan dari fabric kelas pertama buat deDato dan deDatin tu melangkah sedikit bongkak. Gua tengok baju gua sendiri. Walaupun dari linen kelas ketiga, tapi sentuhan jahitan diraja kesultanan kampong masjid sungai pasir sungai petani kedah darulaman buat gua lebih bongkak dari anak-anak dato kepada dato yang sedikit bongkak tu tadi. Dengan design yang hanya wahid dalam bumi bertuah ni yang bakal menyambut ulangtahun kemerdekaan besok, gua nobatkan diri gua sebagai yang teratas hari ni. Putrajaya gua pegang hari ni!!! Selamber dalam kelasnya. Simple memikat.



Gua melangkah keluar. Sesi penggambaran rancak berlaku di setiap sudut masjid besi. Seronok tengok memamat afrika yang bangga memperagakan fesyen kebangsaannya. Mamat timur tengah dan mamat timor laste pun tak kurang juga. Deretan lima anak gua ikut dari belakang. Gua tak tahu apa yang berdrama dalam kepala hotak mereka. Yang gua pelik.. apasal ada beberapa kelibat mat-mat pelik yang yang datang bersembahyang dengan seluar jeans dan t-shirt bertulisan di depan dan di belakang. Kalau depa tu dari Negara seberang atau dari Negara bukan Negara Malaysia gua tak kisah. Tapi depa memang anak Malaysia. Takkan lah dalam seluruh hidup depa tak pernah ada baju melayu?? Kalaulah pun tak ada duit nak beli baju baru… tak kan tak ada baju lama??

Proton Saga buruk gua mencelah. Mencelah di celahan gergasi kereta dato dan datin. Cadang nak makan ketupat di rumah Dato Najib yang bakal bergelar Tun Najib bila retire as PM Malaysia.