Wednesday, December 22, 2010

sangka-sangki

depa sangka depa terra...! Piiraah!

senang meletak sangka. dengan sangka-sangka yang di-reka... itulah kita. dalam bersangka-sangki, hati berkelahi.. menunding jari. Mana permaisuri? Mana bidadari?

hang sangka hang terra....! Piirahh!!

mudah untuk bersangka. dengan sangka-sangka yang dicipta... itulah kita. dalam bersangka-sangki, hati meneka itu dan ini. Mana terperi? Mana terjadi?

gua sangka gua terraa....! Piirahh!!

sangka buruk gua yang buruk. sangka baik atau baik sangka? siapa yang naik tangga? siapa yang terjun telaga?

Tuesday, October 19, 2010

PaYuNG

Jom makan, Gua payung! meloncat mamat yang kena ajak tu.. nak-nak pulak sekarang ni dah tongah bulan.

****

Gua peduli hapa! Gua ada payung besarq. Malaysia ni Gua yang punya. Bisik menantu seorang Tun suatu waktu dahulu.

****

Lu payung minah tu semalam? Tanya Mat Rempit 2 pada Mat Rempit 1.

****

Jangan lupa bawak balik payung tu nanti.. mahal tu! Pesan seorang isteri untuk seorang suami yang semedang lupa.

****

Bila mana umat ini meletakan makhluk sebagai harapan dan sandaran, kebocoran iman akan terus berlaku. Umat ini hebat bukan kerana dapat jadi payung yang hebat kepada umat yang lain, tapi umat ini hebat bilamana meletakkan seluruh pengharapan kepada yang berhak untuk diharapkan. Gua insaf. Lantaklah politik payung ni. Seluruh suasana adalah dalam pentadbiran Allah. Hasad dan dengki adalah haram di sisi agama.

Abu Bakar fikir macam mana nak besarkan badan supaya dapat tutup tujuh pintu neraka. Dengan itu tak seorang pun dari umat ini dapat masuk neraka.

Depa pulak tepuk tangan bila ada yang tersepuk jatuh. Mana pergi 'fikir umat'?

Wednesday, October 13, 2010

Tupai, Pyanhabib, Mamat Khalid dan Kontena

How clever the squirrel jump from one tree to another tree, sooner or later... that clever squirrel will fall on the ground jugakkk.

Pyanhabib dah lima minggu. Abang Mamat Khalid dah dua bulan. KopiahKapal gua dah ada roh. Dah empat bulan. Gua sonyum sambil menghirup kopi secawan.

Halim dah mengeluporq. Gua percaya dah melenjun peluh sampai ke pungkorq. Rileks ler Lim... lu cuma baru satu set, gua satu kontena masih dok gelak badak.

Banzaiiii........!
Agaknya tulah yang terpacul dari memulut jeJepun yang terima barang yang gua hantarq satu kontena tu. Sidney dengan Tokyo tu tak sama ka???
Gua cuba tanya kepala lutut gua sendiri. Sepi.

~KiLaT~
besok kena angkat sembah. Ampun Tuanku... sembah patik harap diampunnnn.......

Tuesday, September 28, 2010

FaHaM YaNG SoheH

Hari-hari berlalu dengan kalut. Kalut. Kalut dan terus kalut. Gua tak dapat menyatakan secara jelas perasaan kalut ni. Terasa seperti kekalutan yang amat sangat. Kalut mengalut terus membalut. Kekadang gua rontok dan kuyup. Kekadang yang lainnya gua terbakar dan lebur. Gila babas alagapas.

Satu terjemahan faham sangat perlu. Untuk apa kalut itu perlu? Untuk siapa marah? Kenapa perlu kalut? Macam boss gua yang kurang tinggi selalu dok tanya... kenapa dan kenapa. Gua mengelepar tak tentu hala. Dunia terus datang dan berlalu. Dunia ini kata Si Alim, sangat-sangat sementara. Dalam sementara inilah kita kerap mencipta dosa. Tak kira sama ada dalam kalut atau dalam longlai gemalai sang kelembai. Itulah sebenarnya. Ramai yang tahu tapi tak pernah faham. Ada yang kononnya faham tapi sesat dan menyesatkan. Islam dan iman jalan selesai.

~KiLaT~
adakah biru itu blues...

Monday, July 12, 2010

bukan orang bahagian two

tanggal hari tu.. gua kalut sangat. lebih kalut dari semut. kalut nak jadi orang. gua tak kata gua bukan orang dalam tempoh empat tahun ke belakang ni. cuma... tempoh empat tahun tu , gua rasa tak macam orang lain. atau orang lain tak macam gua.

pagi yang kalut tu... gua tak tunggu lif yang paling bodoh dalam putrajaya. gua terjun ikut tangga dengan kelajuan tiga puluh lima kilometer sejam. dengan kekalutan yang membaluti diri gua dari hujung kepala sampai hujung jari kaki, gua tendang kick starter LC135 abang ipar gua. gua jeling kiri dan kanan... macam mat rempit tunggu isyarat lumba pulak. trotle minyak gua koyak selari dengan kaki kiri menghentam gear satu. vroommmm........... lagi tiga langkah nak cecah tiga meter gua terpaksa tekan brek. cinabeng! topi keledar untuk keselamatan dari kena saman gua lupa nak pakai. gua dah rasa macam bukan orang.

kalut gua tak bulih nak tunggu lif paling bodoh dalam putrajaya. gua melompat panjat tangga ke tingkat enam dengan kelajuan tiga puluh lima kilometer tiga puluh jam. fuhh... gua dah tua ler beb. dah tak segagah dulu. kalau waktu gagah dulu... gunung kinabalu gua panjat sehari empat kali. ayarq peluh melenjun dan ayarq hidung meleleh masuk ke mulut. masin.

********

LC135 membelah pagi yang sejuk hari tu dengan wajah cemas gua terselindung di sebalik cermin topi keledar untuk keselamatan dari kena saman. dua puluh tiga lampu merah gua langgar. seratus tiga puluh dua kenderaan lain gua over take. tak da satu yang boleh potong LC135 abang ipar gua ni. cuma sekali jer datsun 120Y berjaya potong gua. tu pun waktu gua kena lepas trotle pasal nak garu pungkorq yang sedikit gatal.

gua ingat... kalau hari tu, gua masih tak rasa macam orang, mungkin lepas hari tu... gua akan rasa macam orang. meleset. gua terus kalut macam semut. tiga ke empat waktu sembahyang gua bukan lagi di surau gua sendiri. dah lama gua tak tengok muka haji idris. dah lama haji idris tak tengok muka gua. sejak empat minggu lepas, gua gerak lepas asar dan balik rumah lepas subuh. piala dunia, mentor, berita harian, star dan mstar dah tak lagi gua perasan. gua dah betul macam bukan orang.

Monday, July 5, 2010

bukan orang part satu

gua ingat gua jadi orang. alih-alih.... gua rasa macam bukan orang!!

Monday, June 7, 2010

babi buang baby.


Lebih ganas dari pengganas. Sadis cikedis. Berita buang bayi semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Bukan sahaja setakat belakang, depan.. kiri.. kanan… atas… bawah… kita terus diserkup cerita orang besar buang orang kecik. Lantaran itu kotak bayi diwujudkan bagi menyelesaikan masalah bayi dibuang dalam tong sampah, longkang, depan surau, bawah pokok, belakang rumah, tepi parit dan bawah tanah. Kotak bayi yang beroperasi dua puluh empat jam mendapat pujian dari sesetengah orang. Gua bukan tak mahu turut terbabit untuk memuji, tapi lebih baik gua puji bini gua dari puji kotak bayi tu. Bini gua pun macam kotak bayi jugak, malah lebih dari tu. Macam-macam ada dalam bini gua.

Lepas ni, mat-mat dan minah-minah bukan laki bini semakin galak buat kerja laki bini. Tak perlu risau atau sasau kalu termengandung. Syabas pada kotak bayi kerana menyelesai kerumitan yang sebelum ini menghimpit depa ni. Nampaknya Dajjal dah dekat. Tentera-tentera Dajjal bakal makin bertambah. (Tentera Dajjal adalah di kalangan anak luar nikah tapi bukan semua anak luar nikah itu tentera Dajjal.)

********
Suzy, jom mentenet. Dah keraih ni.
Ish… semalam kan dah mentenet. Hari ni tak boleh la. Parent I ada rumah.
Alaa.. tu semalam. Kita mentenet kat rumah I. Tak dak sapa kat rumah I.
Kalu termengandung macam mana?
La… kotak bayi kan ada.
Problem solved.

********
Tarikh: 27 Januari 2018
Lokasi: Pasar Malam Putrajaya

Mari mari mari mari! Anak haram murah murah! Putih ada hitam ada kelabu asap ada coklat ada semua ada. Jerit budak punk rambut kaler kuning tokeh Syarikat Anak Haram Sdn Bhd anak syarikat kepada Kotak Bayi Berhad.

Mai tengok abang mai pilih cik kak. Haaa… yang ni baru dua jam setengah. Fresh lagi. Haa… pilih! pilih! Haaa tengok….tengok!!

********

Ketinggian manusia terhadap makhluk Allah yang lain bukanlah kerana manusia itu lebih tinggi dari kuman. Ya lah… kuman pun makhluk Allah. Selain dari Allah termasuk suasana dan kebendaan adalah makhluk Allah. Sebab itulah malaikat yang maksum pun diperintah sujud kepada Adam semasa penciptaan makhluk bernama manusia bagi membuktikan manusia ni sebaik-baik ciptaan Allah. Gua tak pikiarq dengan ada baby hatch ni boleh selesai masalah buang bayi ni. gua takut kewajudan benda ni boleh menggalakan adengan yang tak mahu kita dengar dan lihat. hang pa pikiarq la sendiri.

Wednesday, May 26, 2010

jahanam puluh juta ringgit

halo! halo! assalamualaikum!
gua kapir lah... mana bulih jawap salam.
ops.. sori. ni abang horatio ka?
hah! apasal?
tak... saya punya cakera keras tu macam mana?
macam mana apa?
alaaa tu.. bulih diselamatkan tak?
sorilah.. gua dah cuba. tak bulih nak buat apa.
ceh.. kata tera. piii raaah! mangkuk jamban betoi!

jahanam. gua hempas talipon. tak cukup dengan hempas... gua lambung dan lompat terajang. jiran gua datang.. gua angkat jari telunjuk gua siap dengan bunyi zasss. gua tengok jiran cepat2 tengok jam langsung blah dari rumah gua. gua bukan apa. gua terkilan. dalam cakera keras tu ada banyak benda berharga. gua dah kerugian puluh juta ringgit lantaran ke'jahanam'an cakera keras tu.

1. Penyelesaian Kepada Masalah Dadah dan Dedah di Malaysia.
kertas kajian terhadap permasalahan dadah dan penyelesaiannya setebal tujuh ribu tujuh ratus tujuh puluh tujuh muka. aplikasi dari kertas kajian ini bakal menyebabkan semua pusat serenti kena tutup, mat2 dan minah2 iran lari balik kampung bukak kedai uranium, pusher2 dan tokan2 dadah semua mati terlebih dos pasai tak dak lagi orang nak beli dadah dan kakitangan pdrm atau prdm cawangan dadah semua kena transfer jaga lalulintas sampai ke jalan dalam kebun durian. gua baru cadang nak jual tulisan gua ni kat hishamudin dengan harga ringgit malaysia tiga puluh juta tiga kupang. bab dedah tu.. gua belum habis tulih. kalu habih.. mungkin harganya naik lagi empat belas hinggit.

2. Dunia Lagu Sudah Kiamat.
Ulasan2 bernas tanpa berlandaskan ilmu muzik terhadap setiap lagu melayu era terkini. Kutukan tahap gaban turut disertakan bakal buat lepas ni tak dak lagi bintang2 baru yang lahir samada dari program realiti atau tak realiti... sebab semuanya tak real... tak reti. Ulasan ini gua cadang nak kasi dekat surat khabar utusan malaysia. bukan gua tak mau kasi kat surat khabar harakah, tapi dua pupu gua belah mak angkat gua kerja kat utusan. senang nak deal pasal royalty. anggaran harga adalah sekitar lima ratus ribu hinggit.

3. Azan Pak Bilal Bisu.
skrip drama berlambak siri yang sesuai untuk menggantikan drama indon yang berlambak siri jugak yang lepas satu.. satu.. mengisi slot 2ptg sampai 3ptg di TV3 dari isnin sampai khamis, pas tu isnin balik... sampai khamis balik..., pas tu isnin lagi... sampai khamis lagi... sampai pernah gua bubuh buah lutut kat televisyen dua puluh satu inci skrin tak rata kat rumah gua tujuh hari lepas. skrip ni gua cadang nak jual kat abang mamat khalid.. tapi abang mamat tak pernah direct drama, so gua cadang nak bagi kat rashid sibir dengan harga lapan belas ribu hinggit.

4. Himpunan Gabungan Permakian Tiga Bahasa.
sesuai dengan semangat satu malaysia, gua gabungkan tiga bahasa melayu, cina dan india untuk menjadi dua puluh tujuh juta kosa kata permakian yang sesuai untuk rujukan satu malaysia. gua cadang nak terbit sendiri buku ni dengan anggaran harga empat ringgit empat kupang lima duit sebuah.

Khulasah:
bila seluruh umat berkumpul untuk hinakan satu orang, tapi kehendak Allah orang yang satu itu mulia... maka dia tetap mulia.
bila seluruh umat berkumpul untuk muliakan satu orang, tapi kehendak Allah orang yang satu itu hina... maka dia tetap hina.
gua telah buat perancangan yang baik, tapi perancangan Allah adalah sebaliknya, maka perancangan Allah yang hanya akan terjadi. gua insaf...

Wednesday, May 19, 2010

jadah duga hari tu...

tell me about your self. cis... soalan common. dah lama gua tak cakap mat salleh ni. gua belasah. gua tibai. gua goreng sampai hangit. kelentong terpusing 360 darjah. gua teringin nak jawap... gua pun macam lu jugak. laparq gua makan. dahaga gua minum. tak dak duit nak makan nak minum, gua tidorq. bila marah gua diam. terlampau marah gua sepak member kat sebelah. kepakaran gua.. maki hamun peringkat lima. gua suka apa yang gua suka. gua menyampah bebudak punk dan kaum kerabat yang se'setan' dengan depa. pencapaian hebat gua ialah bila gua berjaya menghantar buat lutut tanpa sebarang masalah kat muka sekor mamat rambut kaler bijik remia empat tahun lepas.

klung klang klung klang. gua kena tanya bertalu. gua pun jawap pakai peluru berpandu tanpa segan dan silu. segala mak nenek ilmu silat sendeng main tepi, tomoi buah siku, kuntau dan santau gua keluarkan menepis dan membalas serangan. ok.. do you have any question before we end this sesion? gua tanya tiga soalan :
surau kat mana? gua baran impak maksima ni. gua nak sembahyang.
smoking room kat mana? gua dah ketarq tangan.
bilik ayarq kat mana? gua nak terkencing.

khabarnya... gua dapat.

Tuesday, May 18, 2010

penutupan ladang anggur


empat tahun gua sodok keras tanah. bergelen ayarq peluh dan ludah gua tumpah. mabuk gua sampai termuntah-muntah. ladang anggur kalut berbuah.

empat tahun gua bangga sebagai penanam anggur. tak dak sapa berani nak tegur. salah tegur memang makan penerajang gua yang bulih bawa tersungkur. tapi gua kini akur. ladang anggur gua terpaksa gua kubur.

bukan gua nak peram jadi arak. minum arak berdosa tak kenal mak bapak.

~KiLaT~ mari kita ke ladang... kita menanam kacang... (entah.. gua tak ingat pulak lirik lagu ni..)

Tuesday, May 11, 2010

Hebat Terjerat

gua hebat kerana terjerat. gua tersumbat dalam pekik jerit kalimah hebat. sikit-sikit 'hebat!!'. terkejut gua sampai nak terlompat. itulah takdir gua minggu lepas. dalam ruang sendat dengan memanusia yang ingin jadi hebat, gua terikat selama dua jam setengah melekat. ini bukan kali pertama... tapi kali yang entah berapa gua dah tak ingat. penanam anggur macam gua ni memang selalu jadi mangsa.

Lu tak nak kaya ka brader? hidup ni kena kaya... baru orang pandang! sapa yang tak mau kaya? semua orang nak kaya. sebab tu segala mak nenek orang buat sebab nak kaya. dari dalam dasar hati gua, gua memang nak kaya. dan gua tengok wajah-wajah sidang jemaah yang hadir memberi perhatian yang terlebih penuh sampai melimpah mendengar 'bayan' nak jadi kaya selama dua jam setengah tu. bukan gua tak percaya.. tak payah ceritalah, banyak bukti ada sekeliling gua. jiran gua kat tingkat atas gua pakai bmw lima series dalam masa enam bulan ja lepas joint jadi ahli penjual gelang hikmat. jiran tingkat bawah gua dah pakai toyota estima walaupun hanya seorang pegawai am rendah di salah sebuah kementerian kerajaaan malaysia. tiga pupu gua yang dok kat gombak dah jelajah tiga suku dunia. semua ni depa dapat assebab dari bentuk perniagaan ni lah.
member gua kat kelana jaya pun tak pernah jemu dengan benda ni. lepas satu.. satu dia meneruskan keterlibatannya tanpa jemu-jemu. tup-tup dah dekat 20 tahun dia sibuk dengan bebenda ni. dari ubat kuat sampai kain lampin wanita berubat dia buat. tapi yang gua sedih... nak melangkah keluar jadi pengikut baru dia terpaksa minta duit kat bini. apa pun.. gua doakan semoga member gua ni berjaya macam bekas mat rempit A yang kini berpendapatan ringgit malaysia dua ribu sehari, macam bekas buruh kasar B yang kini berpendapatan ringgit malaysia dua puluh ribu seminggu dan macam kak dory bekas pengurus syarikat carigali minyak yang kini bergelar kakak segela jutawan.

cuma kali ni.. produk nya lain sikit. produk education. dan gua pun terpanggil nak buat jugak. rasa macam senang nak meng'convince'kan rerakan gua nanti. cuma gua rasa.. tak perlulah kita nak jerit kuat2 perkataan hebat tu sampai cair taik telinga. tak payahlah nak bagi tau kita nak tolong orang dengan memperkenalkan program hebat dan mencerita poket kita yang ketat dengan rm melebat kalau tak boleh open restaurent untuk jemaah yang hadir. kalu setakat nak menayang kekereta mewah tapi takut nak bersedekah... tak payahlah!
ops.. kalau sapa2 berminat bulih kontek gua. nanti gua cerita.


~KiLaT~ maha hebat milik Allah.

Tuesday, May 4, 2010

Celita Dari Gua...

Salam 1Malaysia... salam benua dan salam cucorq kodok tepung tepung talam. Apa macam sikalang? Supaya yang baik bertulang, yang jahat tak bertualang, lu olang jangan dengarq cakap setan lidah bercabang. Sudah masuk bulan Mei. Haiyaa.. manyak sikijap itu masa bergelak. Itu selupa keleta api laju bawah tanah maaa.. Itu Abang Najib pun sudah lebih sitahun jali pelana menteli. Fuhh.. dekat dua bulan gua talak pos enteli sibab laptop gua mati. Ish.. sibut pasai mati, tup-tup dah lamai yang sudah pelegi tidak kembali lagi.

Itu jam manyak selabut macam itu wayar kat gambarq sebelah. Apa2 pun.. ada olang kata ini tahun manyak baguih. Itu ekonomi lumah tangga sudah manyak pulih walaupun masih ala itu laki bunuh itu isteli. Hali pekeja pun baru sikijap berlalu. Silamat hali pekeja lah pala pekeja semua. Lajin-lajin lah kelija tak kira siang atau shift malam. Tapi gua juga mau pisan.. lu olang apa kelija sikali pun, harus itu juga tengok2 itu anak kalu ada anak. Jangan anak sampai buat itu anak tanpa bapak. Jangan itu anak sampai kina tembak. Okeh lah... gua ada itu kelija anggur tanam. Nanti ada masa lagi kita sambung ini sembang. Silamatttttttt................!!!!!!

MeLoHoNG KoSoNG

teh kosong satu tong! tersenget mamak tu tengok gua. pakai jubah... kopiah berkapal... janggut melebai... betoi ka mamat nih? agaknya tu le kot yang dok melilau dalam kepala hotak mamak tu.

mamak... kasi jugak itu mee goreng basah tiga belas pinggan. errrr... semua kansel. semua tak jadik!!! apa pasal encik? tanya mamak tu. tak jadilah!!! poket kosong. gua blahhh.....

Tuesday, March 2, 2010

KucHaLaNa BerJiNGGa

Lu kenal gua lagi? Gua lah! Gua yang entah apa-apa. Kenal lagi tak?? Ha! Ha! Ha! Memanglah lu tak kenal gua... sebab gua pun tak kenal lu. Samdol! Bahalol! Toyol! Lebuhraya ada tol!

Gua pun tak kenal siapa gua. Gua tak kenal mimpi gua sendiri. Lu percaya? Gua peduli hapa! Tak-kan gua tak kenal siapa gua. Lu boleh beri gua sayap? Nak buat apa lu tanya...., tentulah nak terbang. Gua nak terbang ke U.S.A. Tapi larat ke gua terbang nanti. Tak payahlah beri gua sayap. Gua cuma perlu pulang cari gua sendiri. Tapi kalau lu nak beri gua duit, gua rembat. Buat tambang ke U.S.A.

~KiLaT~
Hati-hati jaga hati. Takut nanti pecah hati. Berhati-hati pada hati. Kerana hati adalah hati.

Monday, March 1, 2010

lebih lapan ribu hari yang dulu (part 1)

gua teringin nak pakai lencana kat atas ni pasal arwah abang gua pakai lencana ni. gua tak pernah buat research dan kajian kenapa gua perlu pakai lencana ni. gua tak pernah cuba untuk melancarkan sesi temu-bual dengan bekas2 pemakai lencana biru merah ni. gua buat keputusan... gua akan tanggalkan lencana gua kat bawah ni dan berhijrah ke tempat baru. walaupun gua tahu.. lencana kat bawah ni pernah dipakai oleh beberapa negarawan, jutawan, hartawan, doktor haiwan dan mungkin pakar sakit tuan-tuan dan puan-puan. gua pasang hajat dan tanpa sembahyang hajat gua telah terpilih untuk naik feri dengan tujuan untuk menyematkan lencana ni ke poket baju putih gua.
 

Friday, February 19, 2010

cemas pun makhluk

bila cemas, gua tak pasti samada nak lari sembunyi bawah katil atau luku kepala member kat sebelah. cemas kalau nak jadi... tak kira masa, samada tengah muka lawa atau muka macam drakula. cemas kadang2 buat gua lemas. kadang2 buat gua tak reti control muka hensem. cemas jadi dengan macam2. macam jenis cemas. kata ustaz gua, cemas pun makhluk Allah. suka, duka, pilu, sendu, gumbira ria dan termasuk cemas semuanya ciptaan Allah. pandai2 lah korang nak cari doa2 yang sewaktu dengan suasana ciptaan Allah supaya setiap detik dan saat kita ada hubungan dengan Allah. cuma... kalau korang cemas, jangan mengada-ngada nak tekan butang kat bawah nih.
 

Tuesday, February 16, 2010

pudu, russia, afrika dan indonesia

semalam tengah-hari gua hantar ipar dan beras gua pergi puduraya. depa nak balik kangarq perlis. negeri kecik yang bersempadan dengan negara thailand. jalan memang tak jem sangat.... cuti raya cina. tapi dalam puduraya sesak macam nak gila. gua rasa macam dok kat negara asing. apa idaknya... toleh kanan bangla, toleh kiri indonesia, pandang belakang vietnam, pandang depan mymar... tunduk bawah.. selipar jepun. ceh!!

satu cerita yang tak sahih........
dalam satu gerabak keretapi. dalam perjalanan dari johannesburg ke cape town, empat lelaki sedang berborak tentang kehebatan negara masing-masing.

lelaki afrika selatan: aku tak pandang sangat pasal emas. aku tak kisah pun....!
lelaki malaysia       : ya ka???

lelaki russia mencebikkan mulut. lelaki indonesia buat derk..... lelaki afrika tu tiba-tiba mengeluarkan seketul jongkong emas tulen dan membuang jongkong emas tersebut keluar tingkap keretapi.


lelaki malaysia        : apasal kau buang emas tuh??
lelaki afrika selatan : tak kisah. negara aku banyak lombong emas. kat rumah aku bersepah emas.

lelaki indonesia terus dengan ke'derk'kannya sementara lelaki russia mengeluarkan sesuatu dari beg galasnya. terbeliak mata lelaki malaysia bila melihat sekilo ketul-ketulan berlian yang bersinar-sinar dari beg lelaki russia tersebut. dengan tak semena-mena, lelaki russia tu terus melempar keluar semua berlian tersebut.

lelaki malaysia         : uih... kau buang berlian macam tu aja???
lelaki russia             : ahhh.. biasa lah. kat kampung aku banyak lagi benda tuh!!!

lelaki malaysia tiba-tiba menolak cermin tingkap untuk lebih besar. dengan kekuatan yang ada, dia mengangkat lelaki indonesia dan mencampaknya keluar tingkap.

lelaki afrika selatan dan lelaki russia serentak bertanya : apasal kau buang mamat indon tu??
lelaki malaysia : heh..heh.. kat malaysia bersepah depa nih. gua tak kisah sangat.

Friday, February 12, 2010

cinabeng

dah jadi resmi gua, bila balik kampung time cuti hujung minggu... gua musti bawak balik member. lepas SRP kat kolej sultan abdul hamid dan lepas suara gua tukarq dari bunyi itik serati ke bunyi burung gagak, gua ajak nayan dan mail balik kampung gua. nayan budak kodiang dan mail budak tikam batu setuju nak ikut. time tu baru belajarq isap rokok. semua jenama gua belasah... janji berasap. 'nanti sampai kat SP gua bawak pi port baikkk punya'. gua bagitau dua memember gua ni. bila drebar bas UTC 516 tarik je hand brake, gua terus tarik memember gua ni ke port baik tuh. kedai apek ah kiang ni memang port budak sekolah isap rokok tunjuk macho. sampai jer kat kedai tu.. gua terus pi gagau tiga batang rokok dalam tin rokok sambil muncung mulut suruh mail ngan nayan duduk kat meja satu meja kosong. bebudak sekolah local jeling semacam jer kat gua. gua dengar ada yang dok bisik... 'anak nab kedai kot. budak kolej'. gua terus pasang tiga rokok tu sekali gus dan pas sorang sebatang kat mail dengan nayan. bangga..

Ah Kiang   : minum apa?
Gua           : teh o beng satu.
Mail          : milo beng...

Ah Kiang : hang nak minum apa??
Nayan     : cinabeng satu...

cilakak... orang jahat hang pun nak jahat. dah 25 tahun. dengarq cerita nayan la ni doktor pakar sakit puan kat alor setar.

Wednesday, February 10, 2010

gua, Zamry dan Nizar

gua tak nampak abang Z ada lebih dua bijik mata kat belakang untuk tengok sapa yang tunjuk penumbuk kat belakang sebab takut nak pamer kat depan. gua juga tak nampak abang N lebih telinga untuk lebih dengarq kaum yang dok seranah pasal tak tahan nak menyumpah. gua, abang Z dan abang N... sama ja. kami masih ada sepasang mata yang terletak cantik pada tempat yang sesuai bukan kat kepala lutut. kalaulah memata kami dok tang kepala lutut, tentu pengilang spek mata berkuasa kanta dengan spek mata hitam pening kepala dok pikiarq nak men'design' spek-spek tuh. dan kami masih ada sepasang telinga di lokasi yang strategik yang bukan mencorong ke atas supaya ayarq hujan tak dapat nak masuk. gua kalau haus.. gua minum dan gua percaya abang Z pun macam tu jugak. gua kalau lapar.. gua makan macam abang N yang tentunya blia lapar dia tak urut dagu untuk hilangkan laparnya. kami sama beb!!! yang paling menyamakan kami... kami ada kalimah hebat dalam diri. dalam mykad kami ada tercatat.. warganegara, Islam dan lelaki. gua teruja macam nak melompat-lompat sebab sama dengan dua nama yang famous nih. kata tok wan gua.. manusia ni sama di sisi Allah. yang membezakan kita hanyalah takwa. kata ustaz gua.. takwa hanya akan datang dalam kehidupan ini bilamana kita bawa agama masuk ke dalam hidup ini. dan agama hanya akan datang bila kita buat usaha agama seperti yang Nabi buat. agama tidak datang dalam kehidupan melalui kerajaan. agama tidak datang melalui kehenseman paras rupa. agama tidak datang melalui semua kebendaan yang ada dalam dunia ini. bila agama datang dalam kehidupan manusia.. nusrah dan bantuan Allah akan hadir. kerajaan yang baik akan hadir. kehidupan yang harmoni.. melimpah dengan kasih dan sayang akan hadir. gua tak tahu ada berapa ekorq ikan dalam laut cina selatan dan semestinya abang Z dan abang N pun sama. gua juga tak tahu berapa titik hujan telah turun kat muka alam ni. dan gua rasa abang Z dan abang N pun tak pernah buat kajian tak senonoh ni. tapi Allah tahu dan Allah Maha Mengetahui. Allah tahu apa yang tersedik dalam hati gua. Allah pencipta dan Allah lah yang menciptakan selain dari Allah. Allah hebat. Allah Maha Hebat.

Sunday, February 7, 2010

gua dan meeting2 gua

gua bukan datuk bandar bandaraya kuala lumpur. tapi setiap minggu gua ada 'meeting' pasal kuala lumpur. bila kat 'meeting' tu, gua akan dengar lapuran-lapuran kerja yang bergerak di kuala lumpur. wahh... hebatnya kalau orang kampung gua tahu. tapi gua bukan nak cari hebat sebab gua bukan jebat. gua nak cari runsing. dengan runsing ni.. gua harap fikir akan tercetus. bila balik ke kawasan gua (kawasan gua??? bila masa gua jadi ahli parlimen ni??) kat putrajaya.. gua akan meeting lagi. setiap minggu gua meeting kat kawasan. macam mana peningkatan bulih berlaku dalam kawasan gua?? kalau tok imam ali (imam masjid kampung gua di kedah) tahu.. tentu dia fikir gua ni somebody. tapi gua bukan sapa-sapa. 'man ana wama ana'.. siapa gua?? gua tak ada apa-apa. setiap pagi gua pula ada 'meeting' pula di kejiranan gua. 'meeting' bagaimana keperluan kejiranan gua, kawasan gua dan bandaraya gua dapat disambut. percaya atau tidak.. kekadang gua attend 'meeting' untuk peringkat negara malaysia. setiap inci tanah malaysia dan keperluannya diper'meeting'kan. dasat!!! kalaulah pi'eem (PM) tahu... musti dia segan kat gua. orang haprak macam gua ni pun sibuk dengan meeting-meeting. kalau gua tak sibuk dengan bebenda ni.. bebenda lain akan sibukkan gua. hebatnya 'memeeting' yang gua terlibat ni melangkaui batas sempadan ke seluruh alam. gua tak di bebankan dengan fikir '1 Malaysia'... tapi 1 UMAT. bagaimana umat dapat disatukan kembali di bawah satu kerja.., satu usaha.. dan mendapat hindar dari kegagalan, kehinaan di kehidupan sini dan di kehidupan sana. bagaimana seluruh umat tidak di tipu oleh dunia yang menipu.. dan mendapat kejayaan di dunia yang sangat-sangat sementara dan beroleh kebahagian di akhirat yang kekal.. abadan abada.

Wednesday, January 27, 2010

depa lemparq kepala babi


masjid sri sentosa dengan masjid taman dato harun kena lemparq dengan kepala babi hutan. lepas ni, pasti makin kucalana. banyak orang yang akan membuak darah mendidih-didih. jasbah agama tu...

gua tengok dari sudut lain. berapa darjah sudut tu... gua tak pasti. tapi bilamana amal-amal masjid dihidupkan, insyaAllah... nusrah Allah akan bersama dengan orang Islam. bilamana masjid hidup macam kilang freescale kat kelana jaya yang 24 jam sibuk mengeluarkan produk2 semiconductor dan kekilang lain yang sewaktu dengannya. masjid ni hati pada kampung. hati pada pekan. hati pada bandar. rahmat Allah ada dalam masjid. bila kita tak ambik manafaat ni.. kita yang rugi. dan rumah kita pun kena jadi macam masjid. wujud amal-amal masjid dalam rumah kita. tak mutahil.. satu ketika kepala babi juga boleh dilemparq depan pintu rumah kita. bila kita ada masalah... kita cari Allah. Allah yang ciptakan masalah dan kepada Allah lah kita kena minta jalan selesai segala mak nenek masalah kita. bila masjid kena kunci.. tengah malam kita nak pi masjid macam mana???

gua teringat satu lirik lagu sekolah tadika.

' dua harimau.... dua harimau....
berlari....
berlari....
satu tak da mata...
satu tak da ekor...
macam-mana......??
macam-mana......???

Sunday, January 24, 2010

belasah 150 dan musykil




sejak pulang dari bumi berdebu india, gua ada kenaikan baru.kapcai yamaha LC 135 dan semestinya bukan gua yang punya. kapcai ni.. abang ipar gua yang lebih muda dari gua yang punya. bila adik ipar gua dapat lesen.. si abang tadi bagi si adik pakai dulu. tapi apa bulih buat... baru tiga hari dah kantoi. patah kaki. since kejadian jatuh sendiri tu berlaku dekat rumah gua... sekarang ni gua lah tuan punya sementara kapcai nih.

macam biasa... sabtu lepas gua pegi sri petaling yang semenjak dua menjak ni begitu akrab dengan gua. lepas bacaan hayatus sahabah lepas isyak, gua pun gerak pulang ke putrajaya. bila lepas tol sungai besi, gua yang ada B full ni pun melepas gian. gua besit. gua besit lagi. meter laju gua dah terpacak kat nombo 130. tiba-tiba makhluk ni selamber jer potong gua. DATSUN BULLET keluaran 1977.


gua mula musykil. sikit demi sikit sang bullet tu meninggalkan gua. kemdian gua nampak mangsa kat depan. bas kilang tak ada ekon. apa lagi... gua pulas abih. meter gua tak segan-segan tunjuk nombo 150. tapi azab nak melepasi bas kilang tak ada ekon bukan main. gua rapat dada gua ke bawah yang mungkin. meminah kilang kat dalam bas tu senyum slow-slow tengok gua yang dalam puncak kelajuan nih. gua musykil.

~KiLaT~ gua rindu pada WGB4871 gua. SRAD 750.

Friday, January 22, 2010

gua peduli apa...


hang ada kertas.. apasal hang nak bawak biru eksekutif ni?? hang tak try lubang lain ka?

gua peduli apa. arwah pak usup kerja potong rumput ja.. tapi dah sampai amerika. malam2 dia ambik upah buang tangkai cabai. satu guni tiga hinggit. satu malam tiga guni. bila orang tanya.. berbaloi ka?? jawap pak usup... upah tak penting, tapi setiap malam saya dapat berzikir sebanyak tiga guni cabai.

dah lebih seribu empat ratus enam puluh hari berlalu... gua kena buat sesuatu. kalau bawak kereta lembu pun gua sanggup. bukan lembu yang bagi. bukan biru yang kasi. tapi ALLAH maha pemberi.



~KiLaT~ gua nak bayarq hutang kengkawan, bank, bini, mak dan TUHAN.

Sunday, January 17, 2010

Persatuan Ambik Kat Hampa Semua


cerita kawan gua kepada kawan gua yang satu lagi... waktu dia nak melepas kat sebijik tandas awam di sekitar bandar kulim kedah, dia terpandang tulisan luahan perasaan kat pintu sebelah dalam tandas awam tuh.

PERSATUAN HARAM JADAH
PERSATUAN GILA BABI
PERSATUAN PELARI BINI ORANG
PERSATUAN ROGOL ANAK DARA ORANG
PERSATUAN SAMSENG
PERSATUAN HAMPA LA BETOI.. ORANG LAIN SEMUA TAK BETOI.

gua gelak besarq. meleleh ayarq hidung gua. tambah kawan gua yang sorang lagi... PERSATUAN AMBIK KAT HAMPA LAH!!!! gua gelak lagi besarq sampai terkencit dalam palayakat gua.

~KiLaT~ umat akan betoi bila hati-hati umat ini diper'betoi'kan.

Tuesday, January 12, 2010

Lorong-Lorong Khurja




Gua hidup dalam lorong. Dari satu lorong gua bergerak ke satu lorong. Perkampungan lorong. Gua tak bohong... memang lorong. Khurja kampung berlorong. Mata gua hanya mampu untuk melorong di lorong kerana bangunan rerumah setinggi dua hingga empat tingkat menghalang gua untuk mengetahui apa yang berlaku di sebalik sana. Betapa gua ini hanya makhluk kepada Pencipta makhluk. Tahu gua tak semuanya. Pandang gua masih berhijab.

Lelorong Khurja menginsafkan gua. Kehidupan lorong milik orang, keldai, kerbau, lembu, kambing, anjing dan kadang-kadang babi. Kehidupan bermahul tertib hidup... biarpun buat pekerja DBKL atau mereka-mereka yang terbabit dalam memberi khidmat pembersihan akan bersyukur sangat jika melihat lori sampah berenjinkan kerbau merutin setiap pagi. Setiap pagi selama lapan belas pagi secara istiqamah... gua merenung Islam di Khurja yang lebih Islam dari Malaysia gua. Gua beku dengan dingin suhu lima darjah celcius dan gua hangat melihat dakwah, ibadat dan khidmat.