Monday, July 12, 2010

bukan orang bahagian two

tanggal hari tu.. gua kalut sangat. lebih kalut dari semut. kalut nak jadi orang. gua tak kata gua bukan orang dalam tempoh empat tahun ke belakang ni. cuma... tempoh empat tahun tu , gua rasa tak macam orang lain. atau orang lain tak macam gua.

pagi yang kalut tu... gua tak tunggu lif yang paling bodoh dalam putrajaya. gua terjun ikut tangga dengan kelajuan tiga puluh lima kilometer sejam. dengan kekalutan yang membaluti diri gua dari hujung kepala sampai hujung jari kaki, gua tendang kick starter LC135 abang ipar gua. gua jeling kiri dan kanan... macam mat rempit tunggu isyarat lumba pulak. trotle minyak gua koyak selari dengan kaki kiri menghentam gear satu. vroommmm........... lagi tiga langkah nak cecah tiga meter gua terpaksa tekan brek. cinabeng! topi keledar untuk keselamatan dari kena saman gua lupa nak pakai. gua dah rasa macam bukan orang.

kalut gua tak bulih nak tunggu lif paling bodoh dalam putrajaya. gua melompat panjat tangga ke tingkat enam dengan kelajuan tiga puluh lima kilometer tiga puluh jam. fuhh... gua dah tua ler beb. dah tak segagah dulu. kalau waktu gagah dulu... gunung kinabalu gua panjat sehari empat kali. ayarq peluh melenjun dan ayarq hidung meleleh masuk ke mulut. masin.

********

LC135 membelah pagi yang sejuk hari tu dengan wajah cemas gua terselindung di sebalik cermin topi keledar untuk keselamatan dari kena saman. dua puluh tiga lampu merah gua langgar. seratus tiga puluh dua kenderaan lain gua over take. tak da satu yang boleh potong LC135 abang ipar gua ni. cuma sekali jer datsun 120Y berjaya potong gua. tu pun waktu gua kena lepas trotle pasal nak garu pungkorq yang sedikit gatal.

gua ingat... kalau hari tu, gua masih tak rasa macam orang, mungkin lepas hari tu... gua akan rasa macam orang. meleset. gua terus kalut macam semut. tiga ke empat waktu sembahyang gua bukan lagi di surau gua sendiri. dah lama gua tak tengok muka haji idris. dah lama haji idris tak tengok muka gua. sejak empat minggu lepas, gua gerak lepas asar dan balik rumah lepas subuh. piala dunia, mentor, berita harian, star dan mstar dah tak lagi gua perasan. gua dah betul macam bukan orang.

7 comments:

Waqheh said...

salam..sham...piala ramadan ni balik la kampong...the dream team msk..azhard said akan beraksi...

Anonymous said...

Insya Allah anta akan berjaya di dunia dan akhirat...ana yang jahil ni amat mengagumi anta kerana anta antara idola ana..setiap yang berlaku ada hikmahnya.

satu cerita dari ana...
semalam ana berpanas jual buku waktu tengah hari,ana pulang pulang kerumah malam dengan RM61,lepas beli rokok 10 batang,ana ada balace lagi RM56...ana fikir kalau 56 ni ana simpan,ana boleh dpt 1500 sbulan tapi ana xpernah bagi duit dekat mak bapa ana,lalu ana beri mak ana rm25, buat pertama kali ana dengar mak ana sebut Alhamdulillah kerana ana dan tinggal rm31 untuk modal ana esok...pagi tadi ana didatangi dgn seorg mualaf..jual minyak wangi..kebetulan minyak wangi ayah ana sudah habis,ana beli minyak wangi tu rm20 untuk kasi sama ayah ana dan utk tolong mualaf tu,mualaf tu berterima kasih sambil ucap semoga ana murah rezeki kerana selama seminggu dia jual minyak wangi,ana pelanggan pertama dia. pertama kali ana dengar ayah ana sebut Alhamdulillah kerana ana.tinggal rm11 duit ana,bayar roti canai dan kopi o ais anak tinggal rm 9. tiba-tiba seorg makcik tua datang hampiri ana dengan kole kosong,ana sedekah rm 2. Dengan baki rm7 dari RM61 yg ana dapat semalam,ana tawakal melangkah kaki menjual buku mencari rezeki...tanpa ana duga hari ini ana pulang dengan RM197. Subhanallah, ana seumpama tak percaya tapi itu yg berlaku,jadi ana tau cara kita untuk dpt rezeki murah ialah dengan restu mak ayah dan menggembirakan org lain dan doa dari org lain.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ni musti hulk

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

bersawang dah

Waqheh said...

Labah-labah telah menjadi tarantula...

Anonymous said...

Thanks for sharing the link, but unfortunately it seems to be down... Does anybody have a mirror or another source? Please answer to my post if you do!

I would appreciate if a staff member here at rayaumenyasau.blogspot.com could post it.

Thanks,
John

Anonymous said...

Brilliant website, I hadn't come across rayaumenyasau.blogspot.com before in my searches!
Carry on the excellent work!