Tuesday, January 12, 2010

Lorong-Lorong Khurja




Gua hidup dalam lorong. Dari satu lorong gua bergerak ke satu lorong. Perkampungan lorong. Gua tak bohong... memang lorong. Khurja kampung berlorong. Mata gua hanya mampu untuk melorong di lorong kerana bangunan rerumah setinggi dua hingga empat tingkat menghalang gua untuk mengetahui apa yang berlaku di sebalik sana. Betapa gua ini hanya makhluk kepada Pencipta makhluk. Tahu gua tak semuanya. Pandang gua masih berhijab.

Lelorong Khurja menginsafkan gua. Kehidupan lorong milik orang, keldai, kerbau, lembu, kambing, anjing dan kadang-kadang babi. Kehidupan bermahul tertib hidup... biarpun buat pekerja DBKL atau mereka-mereka yang terbabit dalam memberi khidmat pembersihan akan bersyukur sangat jika melihat lori sampah berenjinkan kerbau merutin setiap pagi. Setiap pagi selama lapan belas pagi secara istiqamah... gua merenung Islam di Khurja yang lebih Islam dari Malaysia gua. Gua beku dengan dingin suhu lima darjah celcius dan gua hangat melihat dakwah, ibadat dan khidmat.

3 comments:

Ziarah76 said...

hidayat seluruh alam... lorong ke lorong, hati ke hati.

lara_nur said...

kenapa melorong?

anak isteri rindu-rinduan?

Admin said...

lara: gua melorong rindu mendorong. anak gua bangun bertarung. bini gua bayan bersambung. yakin meninggi menggunung.

~KiLaT~ gua tengok blog lu penuh berayat tentang cinta dan rasa.