Friday, October 23, 2009

hari ini


tak pernah hari yang macam hari ini berlalu tanpa aku sedari. tak seperi hari jadi aku sendiri... selalunya dah terlepas baru aku sedar. sejak 1995, pada pagi yang macam hari ini, aku akan sibuk mencari sut baju melayu aku yang paling baru dan songkok hitam potong perak setinggi enam inci yang aku pakai setahun dua atau tiga kali. waktu tu.. aku pekerja swasta dan memakai sut melayu lengkap bersampin adalah adegan pelik walaupun pada hari jumaat. macam tulah aku sampai ke tahun 2005. walaupun aku tahu... bersampin dan songkok bagai akan buat aku susah untuk berbaring kat lantai, memanjat dan mengaksikan gegaya akrobatik dalam rutin kerja aku sebagai pakar teknikal. sepuluh tahun... pada hari ini, macam tulah aku. sekeliling tanya... pasai apa? aku jawap... sebab aku suka. apa hang dapat? aku dapat suka. hari ini... hari jumaat.... hari pembentangan bajet.



tapi... sejak 2006, pada hari ini aku hanya akan berlenggeng dengan hanya berkain pelikat india (cotton... aku suka cotton india) duduk depan tv dan bersambung puting menyedut rokok. dan pada hari ini, 23hb 10 2009, walaupun aku ada baju melayu terhebat dalam sejarah pemakaian baju melayu masyarakat malaysia sejak merdeka... aku masih berlenggeng dengan pelikat india terbaru aku. bila PM selesai berucap tanpa menyentuh cukai rokok... aku semakin laju menyedut dan menghembus kepulan asap.

2 comments:

mamat khalid said...

aku pernah lihat isteri aku kira wang 8 ringgit di penjuru dapur. itu sahaja yang ada di antara aku, dia dan seorang anak....

di belinya tepung dan ikan bilis untuk dibuat cucur makan malam dan selebihnya sebungkus rokok kotak kecil untuk aku. cukup untuk bertahan sehingga akhir hayat aku.

Admin said...

rabak hati aku lepas baca sejarah dua perenggan abang...

-aku tunduk ke lantai... insaf-