Monday, September 5, 2011

Ultraman Islam: 5 Syawal Di Putrajaya

Syawal terus berganjak tanpa peduli untuk berhenti. Macam 2 ultraman dan 3 ultrawoman gua. Tak pernah berhenti. Segala kuntau, tomoi, akido dan pencak silat melayu, cina, india dan satu Malaysia dah gua keluarkan. Tenaga dari planet cahaya masih gagal gua tewaskan.


















Gua ingat gua taiko-tai. Gua ingat gua macam Jai. Gua langgar! Gua belasah! Gua sesah!!!

















Tapi gua tak cukup taiko-tai. Gua tak serupa Jai. Memey… rambut gua ala-ala Jai. Sebab tu gua ambik keputusan botakkan kepala. Bukan nak jadi KING.. tapi gua dah pening!!



Firasat gua, kalau setakat KL Gangster ni.. memey jadi makanan ultraman-ultraman gua! Raksasa lagikan rebah… setakat badan sasa boleh blah!!









Pagi lima syawal gua kalut. Darah merah melimpah sampai ke lutut. Gua dah hilang patut. Langkah gua sangkut. Gua dah tak tahu yang mana rambut yang mana janggut………

Satu orang telah bertanya kepada seorang alim. Apa perlu saya buat? Kerja apa perlu saya pilih?

Jawap orang alim, perintah Allah jangan langgar, sunnah nabi jangan tinggal, kemudian buatlah apa yang kamu nak buat.

Lima Syawal…. Another Ultraman was born! Semoga Allah beri berkat kehidupan dunia dan kehidupan akhirat.

Jadilah ultraman. Jadilah superman atau jadilah posmen. Selagi dalam kehidupan ada agama yang sempurna, kehidupan akhirat pasti dibalas redha Allah yang tiada tolok bandingnya. Amin.

6 comments:

Admin said...

cakoi betoi! gua dah tua. tarikh pun gua lupa. ultraman gua ni muncul 6 syawal 1432.

Unknown said...

mcm tu pulok...ultraman malaya???

Waqheh said...

nama apa pulok ultraman bongsu ni? jgn PJN nasihat soh pendekkan plak...

Admin said...

Anak Pendang.. kesan dari suasana.

Waqheh... belum ada nama. yusuf ok tak??

Waqheh said...

yusuf mcm anak gua...tapi eja lain.. anak hj said eja eusoff

School Of Tots said...

Semoga ultraman ini hebat taqwanya pada Allah.