gua bukan datuk bandar bandaraya kuala lumpur. tapi setiap minggu gua ada 'meeting' pasal kuala lumpur. bila kat 'meeting' tu, gua akan dengar lapuran-lapuran kerja yang bergerak di kuala lumpur. wahh... hebatnya kalau orang kampung gua tahu. tapi gua bukan nak cari hebat sebab gua bukan jebat. gua nak cari runsing. dengan runsing ni.. gua harap fikir akan tercetus. bila balik ke kawasan gua (kawasan gua??? bila masa gua jadi ahli parlimen ni??) kat putrajaya.. gua akan meeting lagi. setiap minggu gua meeting kat kawasan. macam mana peningkatan bulih berlaku dalam kawasan gua?? kalau tok imam ali (imam masjid kampung gua di kedah) tahu.. tentu dia fikir gua ni somebody. tapi gua bukan sapa-sapa. 'man ana wama ana'.. siapa gua?? gua tak ada apa-apa. setiap pagi gua pula ada 'meeting' pula di kejiranan gua. 'meeting' bagaimana keperluan kejiranan gua, kawasan gua dan bandaraya gua dapat disambut. percaya atau tidak.. kekadang gua attend 'meeting' untuk peringkat negara malaysia. setiap inci tanah malaysia dan keperluannya diper'meeting'kan. dasat!!! kalaulah pi'eem (PM) tahu... musti dia segan kat gua. orang haprak macam gua ni pun sibuk dengan meeting-meeting. kalau gua tak sibuk dengan bebenda ni.. bebenda lain akan sibukkan gua. hebatnya 'memeeting' yang gua terlibat ni melangkaui batas sempadan ke seluruh alam. gua tak di bebankan dengan fikir '1 Malaysia'... tapi 1 UMAT. bagaimana umat dapat disatukan kembali di bawah satu kerja.., satu usaha.. dan mendapat hindar dari kegagalan, kehinaan di kehidupan sini dan di kehidupan sana. bagaimana seluruh umat tidak di tipu oleh dunia yang menipu.. dan mendapat kejayaan di dunia yang sangat-sangat sementara dan beroleh kebahagian di akhirat yang kekal.. abadan abada.
Sunday, February 7, 2010
Wednesday, January 27, 2010
depa lemparq kepala babi
masjid sri sentosa dengan masjid taman dato harun kena lemparq dengan kepala babi hutan. lepas ni, pasti makin kucalana. banyak orang yang akan membuak darah mendidih-didih. jasbah agama tu...
gua tengok dari sudut lain. berapa darjah sudut tu... gua tak pasti. tapi bilamana amal-amal masjid dihidupkan, insyaAllah... nusrah Allah akan bersama dengan orang Islam. bilamana masjid hidup macam kilang freescale kat kelana jaya yang 24 jam sibuk mengeluarkan produk2 semiconductor dan kekilang lain yang sewaktu dengannya. masjid ni hati pada kampung. hati pada pekan. hati pada bandar. rahmat Allah ada dalam masjid. bila kita tak ambik manafaat ni.. kita yang rugi. dan rumah kita pun kena jadi macam masjid. wujud amal-amal masjid dalam rumah kita. tak mutahil.. satu ketika kepala babi juga boleh dilemparq depan pintu rumah kita. bila kita ada masalah... kita cari Allah. Allah yang ciptakan masalah dan kepada Allah lah kita kena minta jalan selesai segala mak nenek masalah kita. bila masjid kena kunci.. tengah malam kita nak pi masjid macam mana???
gua teringat satu lirik lagu sekolah tadika.
' dua harimau.... dua harimau....
berlari....
berlari....
satu tak da mata...
satu tak da ekor...
macam-mana......??
macam-mana......???
Sunday, January 24, 2010
belasah 150 dan musykil
sejak pulang dari bumi berdebu india, gua ada kenaikan baru.kapcai yamaha LC 135 dan semestinya bukan gua yang punya. kapcai ni.. abang ipar gua yang lebih muda dari gua yang punya. bila adik ipar gua dapat lesen.. si abang tadi bagi si adik pakai dulu. tapi apa bulih buat... baru tiga hari dah kantoi. patah kaki. since kejadian jatuh sendiri tu berlaku dekat rumah gua... sekarang ni gua lah tuan punya sementara kapcai nih.
macam biasa... sabtu lepas gua pegi sri petaling yang semenjak dua menjak ni begitu akrab dengan gua. lepas bacaan hayatus sahabah lepas isyak, gua pun gerak pulang ke putrajaya. bila lepas tol sungai besi, gua yang ada B full ni pun melepas gian. gua besit. gua besit lagi. meter laju gua dah terpacak kat nombo 130. tiba-tiba makhluk ni selamber jer potong gua. DATSUN BULLET keluaran 1977.
gua mula musykil. sikit demi sikit sang bullet tu meninggalkan gua. kemdian gua nampak mangsa kat depan. bas kilang tak ada ekon. apa lagi... gua pulas abih. meter gua tak segan-segan tunjuk nombo 150. tapi azab nak melepasi bas kilang tak ada ekon bukan main. gua rapat dada gua ke bawah yang mungkin. meminah kilang kat dalam bas tu senyum slow-slow tengok gua yang dalam puncak kelajuan nih. gua musykil.
~KiLaT~ gua rindu pada WGB4871 gua. SRAD 750.
Friday, January 22, 2010
gua peduli apa...
hang ada kertas.. apasal hang nak bawak biru eksekutif ni?? hang tak try lubang lain ka?
gua peduli apa. arwah pak usup kerja potong rumput ja.. tapi dah sampai amerika. malam2 dia ambik upah buang tangkai cabai. satu guni tiga hinggit. satu malam tiga guni. bila orang tanya.. berbaloi ka?? jawap pak usup... upah tak penting, tapi setiap malam saya dapat berzikir sebanyak tiga guni cabai.
dah lebih seribu empat ratus enam puluh hari berlalu... gua kena buat sesuatu. kalau bawak kereta lembu pun gua sanggup. bukan lembu yang bagi. bukan biru yang kasi. tapi ALLAH maha pemberi.
~KiLaT~ gua nak bayarq hutang kengkawan, bank, bini, mak dan TUHAN.
Sunday, January 17, 2010
Persatuan Ambik Kat Hampa Semua
cerita kawan gua kepada kawan gua yang satu lagi... waktu dia nak melepas kat sebijik tandas awam di sekitar bandar kulim kedah, dia terpandang tulisan luahan perasaan kat pintu sebelah dalam tandas awam tuh.
PERSATUAN HARAM JADAH
PERSATUAN GILA BABI
PERSATUAN PELARI BINI ORANG
PERSATUAN ROGOL ANAK DARA ORANG
PERSATUAN SAMSENG
PERSATUAN HAMPA LA BETOI.. ORANG LAIN SEMUA TAK BETOI.
gua gelak besarq. meleleh ayarq hidung gua. tambah kawan gua yang sorang lagi... PERSATUAN AMBIK KAT HAMPA LAH!!!! gua gelak lagi besarq sampai terkencit dalam palayakat gua.
~KiLaT~ umat akan betoi bila hati-hati umat ini diper'betoi'kan.
Tuesday, January 12, 2010
Lorong-Lorong Khurja
Gua hidup dalam lorong. Dari satu lorong gua bergerak ke satu lorong. Perkampungan lorong. Gua tak bohong... memang lorong. Khurja kampung berlorong. Mata gua hanya mampu untuk melorong di lorong kerana bangunan rerumah setinggi dua hingga empat tingkat menghalang gua untuk mengetahui apa yang berlaku di sebalik sana. Betapa gua ini hanya makhluk kepada Pencipta makhluk. Tahu gua tak semuanya. Pandang gua masih berhijab.
Lelorong Khurja menginsafkan gua. Kehidupan lorong milik orang, keldai, kerbau, lembu, kambing, anjing dan kadang-kadang babi. Kehidupan bermahul tertib hidup... biarpun buat pekerja DBKL atau mereka-mereka yang terbabit dalam memberi khidmat pembersihan akan bersyukur sangat jika melihat lori sampah berenjinkan kerbau merutin setiap pagi. Setiap pagi selama lapan belas pagi secara istiqamah... gua merenung Islam di Khurja yang lebih Islam dari Malaysia gua. Gua beku dengan dingin suhu lima darjah celcius dan gua hangat melihat dakwah, ibadat dan khidmat.
Tuesday, December 15, 2009
bumi purba bumi berdebu
semuanya dengan kehendak Allah. dalam keterbatasan yang menjadi pagar... dari segi adat, gua tak mungkin sampai ke bumi puba pada pandangan gua ini. biarpun gua pernah sampai sebelum ini.. tapi jejeriji besi adat tak memungkinkan gua berada di sini ketika dan saat ini. rahim Allah.. yang telah kabulkan doa gua untuk sampai ke sini untuk maksud yang sangat penting. tanpa pernah ada puluhan ringgit dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini, Allah telah sampaikan gua di sini.
9 Dec 2009: gua sampai ke kolkata (calcutta)
10 Dec 2009: gua gerak ke delhi dengan keretapi (16jam perjalanan)
11 Dec 2009: gua tiba di Basti Nizamuddin Delhi.
gua syukur. mahul imannya... subhanallah.
Subscribe to:
Posts (Atom)



