Sunday, November 8, 2009

aku turut berasak


aku turut berasak. senak berlambak. bukan ini yang aku hendak. 20 kilometer 2 jam 1 kotak. saga buruk bini aku merangkak. setapak... setapak....

bukan aku tak minat bola sepak. aku minat. tapi petang tadi... aku tak ada niat langsung untuk tengok perlawanan akhir piala malaysia ni. beberapa tahun kebelakangan ni, bebenda bertiket ni aku kena catu. selagi tak meruntun jiwa.. aku kena sabarq. aku cuma nak ke sri petaling. tempat kunjung aku malam minggu. walaupun bukan setiap minggu, dengan dana dari bini aku... aku akan situ dua tiga bulan sekali. dapat jugak aku dengarq suara dan cakap yang aku suka. apapun tahniah kepada NS selepas penantian selama 61 tahun. 'EDEN BANGGO BANG. ENAM PULUH SATU TAHUN KITO TUNGGU... HOBENG JANG HOBENG AT LAST JADI JORO.' kata budak empat belas tahun tu ketika ditemuramah wartawan TV3.


~KiLaT~
sembilan negeri hentam satu negeri kelantan... memanglah boleh menang.

2 comments:

sang kegelapan said...

sembilan negeri hentam satu negeri kelantan... memanglah boleh menang-kilat

hahaha..btul tu...kalau kelantan 10 baru la leh menang..

sang kegelapan said...
This comment has been removed by the author.