Sunday, November 29, 2009

unta,lembu,kambing dan kuda


malam raya haji: 'cepat bapak... kejar lori kuda tu' pekik si ain. 'tak lah... tu lori unta!!!' balas qhaees. 'ye lah.. muka dia pun macam unta' sokong si balqis. berhingut proton saga buruk bini aku. bingit... nak pecah gegendang telinga aku. dah ler jalan sesak.. senak... mata aku pulak dah berpinau tengok kereta,bas dan lori yang bergerak seinci demi seinci. 'econ' kereta pulak buat hal... badan dah berlengas.. pungkorq dah lenjun dengan pepeluh. sesekali radio lima kaki tiga inci sebelah kanan aku over volume. tambah berpinau aku dah macam nak pitam. putrajaya dengan seri gombak tak lah jauh sangat.. pekik, jerit dan jerkah dalam saga yang padat dengan tujuh kepala ni buat aku nak jer turun dan lipat kereta ni masuk dalam poket seluar. kemudian aku lari laju2 di celah-celah lori dan bas.

hari raya haji 1: kalau kat sungai petani.. aku tak jadi macam ni.. (alasan!!!) zaman budak aku tak sama macam zaman anak2 aku yang masih budak. kalau dalam agama ada raya lapan belas kali setahun.. lapan belas kalilah aku akan sungguh2 beraya. anak2 aku terus bergaduh di depan tv uwan mereka yang nipis dan lebih besar dari tv bini aku kat putrajaya.

hari raya haji 2: terlompat-lompat balqis dan qhaees tengok 'unta' kena potong. uwais si kecik sibuk dok tunjuk lelembu yang beratur nak kena korban tuh. mana 'kuda' ??? lima sederet anak aku ni memang buta 'binatang'. ikut sedap depa saja nak sebut bebinatang yang mereka baru nampak secara live. ini baru 2009. aku tak tahu apa pulak yang nak jadi pada 'anak' anak-anak aku nanti...

aku teringat: aku teringat bila Dr Noh talipon aku... 'kampung hang ada padi tak?' dr noh. 'apasal doktor??'. 'ni... anak2 aku sibuk nak pegang pokok padi' dr noh. 'la ni orang baru dok bajak bendang.. ' ' tak per lah... aku pun dah lewat nak balik johor nih' dr noh. 'tak singgah rumah dulu ke doktor???' 'lain kali lah' dr noh. pensyarah aku yang sangat pakar dalam ilmu control system dan ilmu menghalau hantu.


Thursday, November 26, 2009

selamat hari raya haji


selamat hari raya haji mak. selamat hari raya haji ayah. selamat hari raya haji bini. selamat hari raya haji anak-anak. selamat hari raya haji kakak-kakak. selamat hari raya haji adik-adik. selamat hari raya haji pak aji, mak aji. selamat hari raya haji yang belum haji. selamat hari raya haji orang umno, orang pas, orang pkr. selamat hari raya haji orang Islam. selamat hari raya haji semua.

Tuesday, November 17, 2009

qhaees aku dah lima tahun


walaupun bukan budaya aku, tapi melihat anak-anak gumbira bila tiba tarikhnya buat aku tersenyum. qhaees dah lima tahun. sebulan yang lalu, setiap hari qhaees tak pernah berhenti menatap gambar jam transformer yang beliau jumpa dalam majalah cosway bondanya. dah hari ini, bila aku serahkan jam tu sebagai hadiah harijadinya... beliau gelak pendek. itulah qhaees bila dia suka sangat. aku pun suka tengok dia. biarpun dia tak seperti tiga kakak-kakaknya yang mampu membaca dalam usia seawal empat tahun, dia tetap anak aku. jantan aku yang pertama. asalnya... nama dia NUR MUHAMMAD QHAEES AMEERI QHAZI AL AYAZ AL WADUD. itulah nama yang aku tulis dalam borang pendaftaran. pegawai pendaftar yang menerima borang tu terbelalak matanya bila mengeja namanya. lima minit aku dipandang atas dan bawah. 'encik... saya bukan tak nak daftar nama ni... tapi kesian ler kat anak encik bila dia dah sekolah nanti. orang lain dah jawap soalan nombor sepuluh, dia dok terkial-kial tulis nama sendiri bin nama encik. kalau encik nak daftar jugak.. encik boleh pergi kat pegawai lain.' aku terima nasihat pegawai tu. dan nama anak aku yang nombor empat ni hanya NUR MUHAMMAD QHAEES AMEERI (33 huruf termasuk bin bapak dia).

KiLaT
~jam transformer tu... bini aku yang beli.~

Sunday, November 15, 2009

road to nizamudin part 1


dah banyak kali tertangguh. hati memang nak tapi mungkin tak bersungguh. dan pagi tadi... lepas subuh, aku terus bergerak untuk aku bersama-sama terlibat dan ber'jenuh'. bila aku sampai di sri petaling, kelihatan masih ramai manusia-manusia yang lebih baik dari aku tunduk tawajjuh mendengar suara pencerita di pentas depan. aku sempat turut bertawajjuh mendengar cerita nasihat sampai habis. sepatutnya aku iktikaf di sini malam tadi... apa boleh buat,,, aku memang lemah la ni. niat aku pagi ni... borang tafakut musti aku serahkan.

alhamdullilah... tafakut kuala lumpur aku dah lepas. since azam aku untuk cillah di negara maulana ilyas, aku kena lalu satu step lagi. tafakut malaysia membawa aku untuk berhadapan dengan syeikh mohammad.
nasihat syura: cuba ubah azam untuk IPB 4bulan.

dari sri petaling... aku bergerak pulang dan aku terpaksa singgah di petrol station kat uniten. waktu aku beratur nak bayar duit petrol, mat motor kat depan aku cepat-cepat mencampakkan kekepingan syiling kat mat bangla yang bertugas di kaunter, dan cepat-cepat beredar setelah menyatakan nombor pam. terkial-kial mat bangla tu dok kira syiling yang terdiri dari keping 5sen hingga keping 20sen. dua ringgit dua puluh sen kata mat bangla tuh. brader kat belakang aku senyum. aku tak mampu nak senyum... aku pernah rasa macam mana mat motor tadi tu rasa.

Sunday, November 8, 2009

jerit lima bahasa


aku jerit dalam bahasa ibunda aku. arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....................................
aku jerit dalam bahasa omputeh. arghhhhhhhhhhhhhhhhhh...........................................
aku jerit dalam bahasa urdu. arghhhhhhhhhhh..............................................................
aku jerit dalam bahasa arab. arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.........................................
aku jerit dalam bahasa jerman. arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......................................
sama je!! ????????????????

-KiLaT-
jerit yang tak berbunyi

aku turut berasak


aku turut berasak. senak berlambak. bukan ini yang aku hendak. 20 kilometer 2 jam 1 kotak. saga buruk bini aku merangkak. setapak... setapak....

bukan aku tak minat bola sepak. aku minat. tapi petang tadi... aku tak ada niat langsung untuk tengok perlawanan akhir piala malaysia ni. beberapa tahun kebelakangan ni, bebenda bertiket ni aku kena catu. selagi tak meruntun jiwa.. aku kena sabarq. aku cuma nak ke sri petaling. tempat kunjung aku malam minggu. walaupun bukan setiap minggu, dengan dana dari bini aku... aku akan situ dua tiga bulan sekali. dapat jugak aku dengarq suara dan cakap yang aku suka. apapun tahniah kepada NS selepas penantian selama 61 tahun. 'EDEN BANGGO BANG. ENAM PULUH SATU TAHUN KITO TUNGGU... HOBENG JANG HOBENG AT LAST JADI JORO.' kata budak empat belas tahun tu ketika ditemuramah wartawan TV3.


~KiLaT~
sembilan negeri hentam satu negeri kelantan... memanglah boleh menang.

Sunday, November 1, 2009

sampai bila


sampai bila........................
sampai bila........................
sampai......... bila................
bila....... bila...... bila...........

aku ingat-ingat lupa lirik lagu sani sudin nih. kalau tak salah aku... lirik lagu ni cuma ada ayat 'sampai' dan ayat 'bila'. kaset yang aku beli dengan duit biasiswa mara waktu kat universiti dulu pun aku dah tak tahu mana duduknya. puas aku gerodek dalam laman sesawang nak cari lirik yang betul tuk lagu ni... tak jumpa. tapi aku jumpa facebook brader sani. aku dah 'request' nak kawan. la ni dok tunggu pengesahan. bukan apa... dulu, aku gelak sampai berguling-guling atas lantai bila dengarq lagu ni. sempoi habis. dalam gelak aku tabik dengan brader sani. memacam cerita boleh kita buat kat belakang lirik lagu ni. pasti lagi pasti.. hanya penulis lirik lagu saja yang faham cerita betoi di sebalik lagu sasau nih.

sekarang... aku rasa, lagu ni dok gelak balik kat aku. dah nak masuk empat tahun brader... aku dok macam ni. sampai bila?????

~KiLaT~ sampai bila nak gila. nak gila sampai bila. bila gila nak sampai. nak sampai bila gila.