Hari-hari berlalu dengan kalut. Kalut. Kalut dan terus kalut. Gua tak dapat menyatakan secara jelas perasaan kalut ni. Terasa seperti kekalutan yang amat sangat. Kalut mengalut terus membalut. Kekadang gua rontok dan kuyup. Kekadang yang lainnya gua terbakar dan lebur. Gila babas alagapas.
Satu terjemahan faham sangat perlu. Untuk apa kalut itu perlu? Untuk siapa marah? Kenapa perlu kalut? Macam boss gua yang kurang tinggi selalu dok tanya... kenapa dan kenapa. Gua mengelepar tak tentu hala. Dunia terus datang dan berlalu. Dunia ini kata Si Alim, sangat-sangat sementara. Dalam sementara inilah kita kerap mencipta dosa. Tak kira sama ada dalam kalut atau dalam longlai gemalai sang kelembai. Itulah sebenarnya. Ramai yang tahu tapi tak pernah faham. Ada yang kononnya faham tapi sesat dan menyesatkan. Islam dan iman jalan selesai.
~KiLaT~
adakah biru itu blues...
Tuesday, September 28, 2010
Monday, July 12, 2010
bukan orang bahagian two
tanggal hari tu.. gua kalut sangat. lebih kalut dari semut. kalut nak jadi orang. gua tak kata gua bukan orang dalam tempoh empat tahun ke belakang ni. cuma... tempoh empat tahun tu , gua rasa tak macam orang lain. atau orang lain tak macam gua.
pagi yang kalut tu... gua tak tunggu lif yang paling bodoh dalam putrajaya. gua terjun ikut tangga dengan kelajuan tiga puluh lima kilometer sejam. dengan kekalutan yang membaluti diri gua dari hujung kepala sampai hujung jari kaki, gua tendang kick starter LC135 abang ipar gua. gua jeling kiri dan kanan... macam mat rempit tunggu isyarat lumba pulak. trotle minyak gua koyak selari dengan kaki kiri menghentam gear satu. vroommmm........... lagi tiga langkah nak cecah tiga meter gua terpaksa tekan brek. cinabeng! topi keledar untuk keselamatan dari kena saman gua lupa nak pakai. gua dah rasa macam bukan orang.
kalut gua tak bulih nak tunggu lif paling bodoh dalam putrajaya. gua melompat panjat tangga ke tingkat enam dengan kelajuan tiga puluh lima kilometer tiga puluh jam. fuhh... gua dah tua ler beb. dah tak segagah dulu. kalau waktu gagah dulu... gunung kinabalu gua panjat sehari empat kali. ayarq peluh melenjun dan ayarq hidung meleleh masuk ke mulut. masin.
********
LC135 membelah pagi yang sejuk hari tu dengan wajah cemas gua terselindung di sebalik cermin topi keledar untuk keselamatan dari kena saman. dua puluh tiga lampu merah gua langgar. seratus tiga puluh dua kenderaan lain gua over take. tak da satu yang boleh potong LC135 abang ipar gua ni. cuma sekali jer datsun 120Y berjaya potong gua. tu pun waktu gua kena lepas trotle pasal nak garu pungkorq yang sedikit gatal.
gua ingat... kalau hari tu, gua masih tak rasa macam orang, mungkin lepas hari tu... gua akan rasa macam orang. meleset. gua terus kalut macam semut. tiga ke empat waktu sembahyang gua bukan lagi di surau gua sendiri. dah lama gua tak tengok muka haji idris. dah lama haji idris tak tengok muka gua. sejak empat minggu lepas, gua gerak lepas asar dan balik rumah lepas subuh. piala dunia, mentor, berita harian, star dan mstar dah tak lagi gua perasan. gua dah betul macam bukan orang.
Monday, July 5, 2010
Monday, June 7, 2010
babi buang baby.
Lebih ganas dari pengganas. Sadis cikedis. Berita buang bayi semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Bukan sahaja setakat belakang, depan.. kiri.. kanan… atas… bawah… kita terus diserkup cerita orang besar buang orang kecik. Lantaran itu kotak bayi diwujudkan bagi menyelesaikan masalah bayi dibuang dalam tong sampah, longkang, depan surau, bawah pokok, belakang rumah, tepi parit dan bawah tanah. Kotak bayi yang beroperasi dua puluh empat jam mendapat pujian dari sesetengah orang. Gua bukan tak mahu turut terbabit untuk memuji, tapi lebih baik gua puji bini gua dari puji kotak bayi tu. Bini gua pun macam kotak bayi jugak, malah lebih dari tu. Macam-macam ada dalam bini gua.
Lepas ni, mat-mat dan minah-minah bukan laki bini semakin galak buat kerja laki bini. Tak perlu risau atau sasau kalu termengandung. Syabas pada kotak bayi kerana menyelesai kerumitan yang sebelum ini menghimpit depa ni. Nampaknya Dajjal dah dekat. Tentera-tentera Dajjal bakal makin bertambah. (Tentera Dajjal adalah di kalangan anak luar nikah tapi bukan semua anak luar nikah itu tentera Dajjal.)
********
Suzy, jom mentenet. Dah keraih ni.
Ish… semalam kan dah mentenet. Hari ni tak boleh la. Parent I ada rumah.
Alaa.. tu semalam. Kita mentenet kat rumah I. Tak dak sapa kat rumah I.
Kalu termengandung macam mana?
La… kotak bayi kan ada.
Problem solved.
********
Tarikh: 27 Januari 2018
Lokasi: Pasar Malam Putrajaya
Mari mari mari mari! Anak haram murah murah! Putih ada hitam ada kelabu asap ada coklat ada semua ada. Jerit budak punk rambut kaler kuning tokeh Syarikat Anak Haram Sdn Bhd anak syarikat kepada Kotak Bayi Berhad.
Mai tengok abang mai pilih cik kak. Haaa… yang ni baru dua jam setengah. Fresh lagi. Haa… pilih! pilih! Haaa tengok….tengok!!
********
Ketinggian manusia terhadap makhluk Allah yang lain bukanlah kerana manusia itu lebih tinggi dari kuman. Ya lah… kuman pun makhluk Allah. Selain dari Allah termasuk suasana dan kebendaan adalah makhluk Allah. Sebab itulah malaikat yang maksum pun diperintah sujud kepada Adam semasa penciptaan makhluk bernama manusia bagi membuktikan manusia ni sebaik-baik ciptaan Allah. Gua tak pikiarq dengan ada baby hatch ni boleh selesai masalah buang bayi ni. gua takut kewajudan benda ni boleh menggalakan adengan yang tak mahu kita dengar dan lihat. hang pa pikiarq la sendiri.
Wednesday, May 26, 2010
jahanam puluh juta ringgit
halo! halo! assalamualaikum!
gua kapir lah... mana bulih jawap salam.
ops.. sori. ni abang horatio ka?
hah! apasal?
tak... saya punya cakera keras tu macam mana?
macam mana apa?
alaaa tu.. bulih diselamatkan tak?
sorilah.. gua dah cuba. tak bulih nak buat apa.
ceh.. kata tera. piii raaah! mangkuk jamban betoi!
1. Penyelesaian Kepada Masalah Dadah dan Dedah di Malaysia.
kertas kajian terhadap permasalahan dadah dan penyelesaiannya setebal tujuh ribu tujuh ratus tujuh puluh tujuh muka. aplikasi dari kertas kajian ini bakal menyebabkan semua pusat serenti kena tutup, mat2 dan minah2 iran lari balik kampung bukak kedai uranium, pusher2 dan tokan2 dadah semua mati terlebih dos pasai tak dak lagi orang nak beli dadah dan kakitangan pdrm atau prdm cawangan dadah semua kena transfer jaga lalulintas sampai ke jalan dalam kebun durian. gua baru cadang nak jual tulisan gua ni kat hishamudin dengan harga ringgit malaysia tiga puluh juta tiga kupang. bab dedah tu.. gua belum habis tulih. kalu habih.. mungkin harganya naik lagi empat belas hinggit.
2. Dunia Lagu Sudah Kiamat.
Ulasan2 bernas tanpa berlandaskan ilmu muzik terhadap setiap lagu melayu era terkini. Kutukan tahap gaban turut disertakan bakal buat lepas ni tak dak lagi bintang2 baru yang lahir samada dari program realiti atau tak realiti... sebab semuanya tak real... tak reti. Ulasan ini gua cadang nak kasi dekat surat khabar utusan malaysia. bukan gua tak mau kasi kat surat khabar harakah, tapi dua pupu gua belah mak angkat gua kerja kat utusan. senang nak deal pasal royalty. anggaran harga adalah sekitar lima ratus ribu hinggit.
3. Azan Pak Bilal Bisu.
skrip drama berlambak siri yang sesuai untuk menggantikan drama indon yang berlambak siri jugak yang lepas satu.. satu.. mengisi slot 2ptg sampai 3ptg di TV3 dari isnin sampai khamis, pas tu isnin balik... sampai khamis balik..., pas tu isnin lagi... sampai khamis lagi... sampai pernah gua bubuh buah lutut kat televisyen dua puluh satu inci skrin tak rata kat rumah gua tujuh hari lepas. skrip ni gua cadang nak jual kat abang mamat khalid.. tapi abang mamat tak pernah direct drama, so gua cadang nak bagi kat rashid sibir dengan harga lapan belas ribu hinggit.
4. Himpunan Gabungan Permakian Tiga Bahasa.
sesuai dengan semangat satu malaysia, gua gabungkan tiga bahasa melayu, cina dan india untuk menjadi dua puluh tujuh juta kosa kata permakian yang sesuai untuk rujukan satu malaysia. gua cadang nak terbit sendiri buku ni dengan anggaran harga empat ringgit empat kupang lima duit sebuah.
Khulasah:
bila seluruh umat berkumpul untuk hinakan satu orang, tapi kehendak Allah orang yang satu itu mulia... maka dia tetap mulia.
bila seluruh umat berkumpul untuk muliakan satu orang, tapi kehendak Allah orang yang satu itu hina... maka dia tetap hina.
gua telah buat perancangan yang baik, tapi perancangan Allah adalah sebaliknya, maka perancangan Allah yang hanya akan terjadi. gua insaf...
Wednesday, May 19, 2010
jadah duga hari tu...
tell me about your self. cis... soalan common. dah lama gua tak cakap mat salleh ni. gua belasah. gua tibai. gua goreng sampai hangit. kelentong terpusing 360 darjah. gua teringin nak jawap... gua pun macam lu jugak. laparq gua makan. dahaga gua minum. tak dak duit nak makan nak minum, gua tidorq. bila marah gua diam. terlampau marah gua sepak member kat sebelah. kepakaran gua.. maki hamun peringkat lima. gua suka apa yang gua suka. gua menyampah bebudak punk dan kaum kerabat yang se'setan' dengan depa. pencapaian hebat gua ialah bila gua berjaya menghantar buat lutut tanpa sebarang masalah kat muka sekor mamat rambut kaler bijik remia empat tahun lepas.
klung klang klung klang. gua kena tanya bertalu. gua pun jawap pakai peluru berpandu tanpa segan dan silu. segala mak nenek ilmu silat sendeng main tepi, tomoi buah siku, kuntau dan santau gua keluarkan menepis dan membalas serangan. ok.. do you have any question before we end this sesion? gua tanya tiga soalan :
surau kat mana? gua baran impak maksima ni. gua nak sembahyang.
smoking room kat mana? gua dah ketarq tangan.
bilik ayarq kat mana? gua nak terkencing.
khabarnya... gua dapat.
klung klang klung klang. gua kena tanya bertalu. gua pun jawap pakai peluru berpandu tanpa segan dan silu. segala mak nenek ilmu silat sendeng main tepi, tomoi buah siku, kuntau dan santau gua keluarkan menepis dan membalas serangan. ok.. do you have any question before we end this sesion? gua tanya tiga soalan :
surau kat mana? gua baran impak maksima ni. gua nak sembahyang.
smoking room kat mana? gua dah ketarq tangan.
bilik ayarq kat mana? gua nak terkencing.
khabarnya... gua dapat.
Tuesday, May 18, 2010
penutupan ladang anggur
empat tahun gua sodok keras tanah. bergelen ayarq peluh dan ludah gua tumpah. mabuk gua sampai termuntah-muntah. ladang anggur kalut berbuah.
empat tahun gua bangga sebagai penanam anggur. tak dak sapa berani nak tegur. salah tegur memang makan penerajang gua yang bulih bawa tersungkur. tapi gua kini akur. ladang anggur gua terpaksa gua kubur.
bukan gua nak peram jadi arak. minum arak berdosa tak kenal mak bapak.
~KiLaT~ mari kita ke ladang... kita menanam kacang... (entah.. gua tak ingat pulak lirik lagu ni..)
Subscribe to:
Posts (Atom)



